RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

'Dosa' menjadi lelaki cute..

7 comments


 Dengan nama Allah...

Assalamualaikum.


Tajuk post saya kali ini pelik sikit. Lain macam je. Memang pun. Saja saya guna perkataan dosa tu, bagi suspen sikit.

Apabila bercakap mengenai lelaki cute mesti anda terfikir lelaki gay.. atau nyah. Salah tu sebab tak semua gay tu cute dan tak penah lagi aku jumpe nyah yang cute. Muntah darah ada la kalau saya tengok.

Di sini saya nak cerita pasal makhluk yang bernama lelaki namun mereka ditakdirkan untuk mempunyau ke-cute-tan yang sepatutnya dimiliki wanita atau kucing, atau dengan nama lain lelaki ni digelar mamat jambu. Hahaha.. kalau cakap jambu ramai la yang tahu.

Sebagai peminat K-variety saya memang dah biasa dah dengan fenomena lelaki kononnya cute nie. Walaupun aku lelaki tetapi kepala otak aku tidak dapat menafikan diorang memang ada kecantikan tersendiri. Abang aku yang pernah kerja jadi pengawal keselamatan di international school pun penah cakap memang makhluk dari Korea memang lawa-lawa orangnya.


Inilah Kimbum dalam drama Boys Before Flower yang dikategorikan sebagai antara lelaki Asia paling cute! Ish3.. ade pulak camtu...

Apabila saya mengatakan mereka cute tidak bermakna saya gay.. Sebab dah memang mereka handsome and jambu, takkan saya nak cakap huduh kot. Tapi kene sedar diri la kita lelaki dan diorang lelaki. Nanti terpesong.

Kalau boleh elakkan dari suka, sebab manusia memang diciptakan tertarik pada benda yang cantik. Macam kalau ade sekor anak kucing yang putih, bulu kembang dan mata biru yang sangat comel terloncat-loncat dan berguling-guling di hadapan anda, mesti anda rasa nak terkam kucing tu dan nak tenyeh-tenyeh dia. Sebab kucing itu cute, jadi kita suka tengok dan membuatkan kota geram. 
Tetapi dengan manusia ini lain. Kita sesama manusia boleh wujud perasaan yang lebih dari suka iaitu cinta. Kita mungkin suka tengok sebab manusia sukakan keindahan (cute tu salah satu keindahan ciptaan Allah) tetapi suka tidak bermakna cinta. Itu kita perlu pegang supaya nanti tidak bengkok.

Di Malaysia tidak ramai lagi lelai yang jatuh dalam kategori cute. Jikalau ada pun masih nampak ke-gentleman tu. Maknanya tidaklah cute sangat...

Aku ade la baca satu post dari blog yang perlu dirahsiakan, (moti??) mengenai lelaki jambu dari asrama penuh, dimana unsur gay itu wujud. Masalahnya disini mamat jambu itu tidaklah gay, cuma dia cute je (mungkin sebab masih muda remaja). Apabila mereka yang cute ni mendaftar sebagai junior, mereka dilayan senior dengan baik sebab mereka cute. Dapat itulah, dapat inilah. Untuk menyedapkan cerita lagi, yang senior tu pun kacak-kacak belaka. Tapi diorang tak gay (knonnnn). Mereka cume gersang sahaja sebab tinggal di asrama allboys school (EHHHHH, cam haram). Jadi junior-junior yang cute macam perempuan ini la pengganti 'eye candy' mereka (yuckssss). Betul atau tidak kisah ini saya tidak pasti. Sebeb iu sya rahsiakan blog tersebut. Tapi tidak dinafikan sebahagian senior dan junior itu adalah bengkok.

Satu lagi mereka yang cute nie secara tak sengaja telah tergoda minah2 getik kat luar tu... si lelaki cute nie tak goda pun tapi bila die senyum meleleh perempuan bile tengok... silap2 lelaki pun boleh tangkap cintun.. huhuhu...

Oleh sebab itulah Islam mengajar kita agar menjaga batasan antara manusia termasuklah aurat antara lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan. Semua itu untuk mencegah gejala seks sejenis. Mana tidaknya, muka dah lah jambu dan kacak teramat, kulit putih melepak seputih mutiara, badan solid, tapi duduk dalam bilik pakai boxer je.  Siap buat posing menggoda lagi. Runtuh iman roommate dia walaupun lelaki sebab dah muka cute macam perempuan. Dapat pula roommate yang gersang atau yang kecundang ditinggalakn kekasih. Naya je.

Panjang-panjang aku cerita kat atas pasal cute tu takdek ape pun. Sebenarnya yang aku nak cakap jaga batasan aurat.

Ingatlah tuhan supaya kita tak terpesong...

Kalau nak tahu kita semua ni cute. Tapi tu dulu la mase baby. So cubalah kekalkan ke-cute-tan anda kalu boleh. Kat bawah nie ade gambar lelaki jambu dari korea. Kalu anda nak test anda gay atau tidak tengok gambar ni. Mase tengok gambar ni dalam hati cuma cakap mereka memang jambu, tapi tak rasa apa dan tetap berpegang kecantikan wanita lebih menarik perhatian anda, maknanya korang normal. Tapi kalau karang tiba-tiba meleleh je,  tangkap cintun ataupun jantung korang berdebar, faham-faham sajalah yek. Cepat-cepat la jumpa kauselor supaya otak tu dapat adjust balik sebelum terlambat... hahahhahaha.. Gambar dari encik Google.















Continue Reading...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors