RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Gelang getah untuk smartphone...[post terakhir tahun nie]

0 comments

Assalamualaikum.....



ziiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttttttttttttttttttttttttt... boommmm. happy new year.. (bengong je)


Sedang aku duk study tuk exam sambil update blog n cek fb mesti ade yang tengah sibuk duk countdown new year.. honestly aku tak tertarik langsung dengan seme benda pelopori barat camtu... duk layan lecture note lagi baik.. tak pun tido.. drama korea pun aku dah tersangat kurang layan... Running Man je yang aku still tunggu setiap minggu... hahahahha..

Untuk post terakhir tahun nie aku nak citer pasal gelang getah tuk smartphone.. sebagai pengguna Android (show off la tu.. ade aku kisah .. hahah) ini berita menarik tuk dikongsi..

Herkss!!! mesti pelik je bunyi (mase bila pulak ade bunyi...) ape kes plak Android yang smart sangat nak pakai gelang getah..? nak line clear kot.. hahahha.. tapi jangan pandang rendah pada idea simple tapi menarik sebenarnyer...

mcm nie ke.. line clear nie... tak sangkut nak gayut.. hahahha
.
.
.

.
.

Macro cell lens band  adalah gadget simple tuk pengguna smartphone.. lens pada gelang nie akan memberi effect optik untuk snap jarak dekat...
  
nie la gelang tu... ade lens tuk camera..  simple je kan.. 

 senang nak simpan

contoh penggunaan pada iPhone





contoh effect yang jadi.. 

kalau ikut sumber bende nie untuk smartphone.. tapi aku tak sure plak phone biasa leh pakai ke tak...
bende nie aku try google tak masuk malaysia pun lagi... kalu beli online boleh kot tapi mahal la... harga di sana $15..  n aku tak pernah gune la kan.. tapi kalu tengok feedback mcm ok je... lagipun bende yang kita nak harap dari bende semacam nie.. jangan plak mengharapkan qualiti dslr.. hahahha.. 

Anyways.. selamat tahun baru masihi buat semua.. semoga tahun depan lebih maju lagi... jangan malas n kurangkan tido (cakap kat diri sendiri)...

sumber: cnet



Continue Reading... Labels: , ,


Mozilla Firefox Real Life... Comel kot!!!!

1 comments

Asssalamualaikum...

Bulan lepas genaplah 7 tahun kewujudan pelayar internet mozilla firefox. Mozilla, badan bukan berdasarkan keuntungan telah berjaya memberi nafas baru dalam pengalaman pelayaran internet yang lebih mudah melalui antara muka yang lebih mesra pengguna. (Starting ayat skema).. hahha sebenarnye firefox nie muda lagi... tapi dah advanced dah.. walaupun perang browser nie sengit sangat tapi firefox maintain je.. ramai yang suka firefox termasuklah aku..  browser pilihan aku, firefox dan google chrome.. hahahha... IE?? sory la.. pandang pun tak nak.. kalau terdesak baru lah aku guna...

Korang tau tak logo firefox tu datangnyer dari mane??? .. sebenarnya.. aku pun tak tau.. haha.. (bodoh).. firefox nie sebenarnyer red panda... (panda merah kot.. ke musang merah). walaupun dalam logo Firefox tu nampak ganas dengan api bagai.. firefox real life sangat.. sangat sangatla comel... masa ulangtahun firefox browser, diorang adopt anak red panda nie...

nie mak die... hehhehe (bukan mak kandung.. gambar sekardar hiasan)

nie la anak panda angkat moxila.. sekarang mereka duduk kat KNOXVILLE ZOO

salah seorang .. eh .. salah seekor dari anak panda merah tu... musang merah kot lagi sesuai.. sape tau nama haiwan cute nie dalam bahasa MELAYU...

memang cute...!!!!

kalau nak tau korang googel la lagi... 

nie video plak... (release have been rated for extreme cutenessssss)



Korang leh join Firefoxlive.org untuk maklumat lanjut... sekarang nie Mozilla sangat advance walaupun hanya open source organisasion.. tahun depan diorang nak launch OS untuk smartphone  plak..Boot-to-Gecko.. yang mungkin akan menggegar kewujudan Android... kalau ade info aku nak buat entry tapi busy exam.. hehheh.. TQ.. Selamat..



Continue Reading... Labels: , ,


Masjid UMP Gambang Berwajah Baru.

1 comments

Assalamualaikum...

Setelah hampir setengah tahun menanti akhirnya Masjid UMP telah siap diubahsuai.. Ye.. ia terlewat dari tarikh sebenarnye...
Ditakdirkan hari nie aku balik dari lib gi la Inna Shop (dak UMP tau la kedai ni) nak beli MAMEE kari berapi.. (time hujan nie selalu lapor) n siap beli hujan turun.. takut Android aku jadi jeruk dalam air hujan aku pun tunggu la. Sampai masuk waktu asar azan berkumandang n terus gi masjid.. (kat sini bukan nyer nak canang aku gi masjid yer.. aku ngaku aku tak warak.... jarang gi masjid.. just nak kasi panjang story nie..)
for the first time solat jemaah diadakan kat masjid nie selepas tutup dulu...
Lame kot nak siap.. tu pun tak siap lagi.. ade banyak lagi nak kene tambah.. Kontraktor bertungkus lumus nak siapkan selepas ditekan pihak UMP sebab lewat siap.. ASTAKA aka masjid sementara nak guna tuk exam dah.. so kat sini ade gambar skit.. bahagian dalam je la... FIRST impression.. Subhanallah.. tak sia2 penantian selama setengah tahun... so lepas nie harap ramai la mengimarahkan Masjid UMP nie.. termasuklah aku.. huhuhuu.. feeling die lain skit.. rase tenang n sejuk je sebab theme warne putih...

p/s: malam nie 30 disember ade solat hajat perdana tuk exam... dijemput hadir










Continue Reading... Labels: ,


Running Man... Kisah disebalik Yoo Jae suk sbg Running Man.

10 comments

Dengan Nama ALLAH
Assalamualaikum.


Bagi yang pernah baca blog saya termasuklah 'post' yang telah dihapuskan, mungkin tahu saya adalah peminat KPop walaupun tidaklah tegar. Sejujurnya saya tidaklah meminati KPop secara keseluruhanya. Tapi harus ditekankan yang Running Man bukanlah KPop tapi K-Variey. Sebab itu istilah Korean Wave atau Hallyu digunakan yang memberi maksud yang lebih umum. 

Salah satu rancangan yang saya suka tonton adalah Running Man, sebuah rancangan hiburan keluarga (variety show) yang sempoi. Running Man kurang lawak plastik (kadang-kadang ada la) dan tidak terlalu bergantung pada populariti Korean Idol sebagaimana kebanyakan rancangan hiburan lain.


Bagi yang menonton Running Man nama Yoo Jae Suk bukanlah nama yang asing. Malah beliau adalah pengacara (di Korea digelar MC) yang paling popular. Dalam rancangan yang mempunyai lapan orang pengacara iaitu Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Song Jihyo, Haha (Ha Donghoon), Kang Gary, Lee Kwang Soo dan Song Jong Ki, insan yang merendah diri ini adalah tunjang utama dan Song Jihyo adalah satu-satunya pengacara wanita. 

Yoo Jae Suk bukanlah mendapat nama dalam sekelip mata. Nama ini tidak menjadi popular dalam sekelip mata. Beliau bermula dari bawah sebagai pelawak yang ade turun naiknya.


 
Yoo Jae Suk memulakan kerjaya dalam bidang hiburan atau dunia komedi pada tahun 1991 dan semestinya beliau bukanlah penghibur yang popular. Selama sembilan tahun Yoo Jae Suk menghadapai tempoh sukar termasuk kegawatan ekonomi, namanya mula bersinar menjadi bintang dalam dunia hiburan.

 

Pada tahun 2000, Yoo Jae Suk diberi kepercayaan untuk mengacara rancanyan hiburann Live and Enjoy Together (Dong-guh-dong-lak) sekaligus meletakkan nama beliau sebagai pengacara yang berkebolehan.  Sikap rendah diri dan bekerja keras untuk yang terbaik, beliau menjadi pengacara pilihan ramai pengarah program (PD) untuk dijemput mengacarakan rancangan arahan mereka. Bukan itu sahaja, ramai artis muda dan K-idol selesa menjadi tetamu dalam rancangan yang dikemudikan beliau.


Pernah mengacarakan banyak rancangan popular seperti X-man dan Family Outing, termasuklah Infiniti Challenge yang masih bersiaran sehingga ke hari ini, Yoo Jae Suk digelar sebagai Nation MC kerana berjaya membina nama besar dalam dunia rancangan hiburan. Family Outing adalah antara rancangan kegemaran saya dan salah satu rancangan paling popular di Korea.

Salah satu kejadian penting dalam kerjayanya adalah tindakanya menyaman sayrikat penyiaran utama Korea iaitu Seoul Brodcasting System (SBS), Korean Broadcasting System (KBS), dan Munhwa Broadcasting Company (MBC) kerana kelewatan mebayar pendapatan.  

Namun ianya diselesaikan di luar mahkamah kerana syarikat penyiaran ini tahu mereka akan kerugian sekiranya Yoo JaeSuk enggan bekerja bersama mereka. 


Yoo Jae Suk menikat tali perkahwinan bersama Na Gyoung-Eun seorang penyampai berita di MBC. Diceritakan, bibit percintaan mereka bermula semasa Yoo Jae Suk mengacarakan rancanya Infinity Challenge, salah satu rancagan hiburan paling popular dibawah syarikat MBC.


Beliau mengambil masa selama 16 tahun untuk menjadi pengacara yang dihormati seperti sekarang. Nama Yoo Jae Suk bukanlah nama yang asing bagi semua lapisan masyarakat di Korea. Ramai artis yang selesa bekerja bersama dengan beliau kerana sifat professional dan rendah diri artis besar ini. Malah ramai orang awam perasan Yoo Jae Suk banyak membantu orang di tempat awam tanpa perlu mendedahkan beliau adalah artis terkenal.


-EOL-



Continue Reading... Labels: , , , ,


Cheonggecheong Stream: Tangan manusia yang memusnah dan memulih tidak setanding TUHAN

0 comments

Dengan nama ALLAH...
Assalamualaikum...

Macam aku tulis dalam post aku sebelum nie, aku nie minat K-Pop. Tapi aku bukan nak tulis pasal K-pop atau
artis diorang.. dah banyak blog lain yang tulis pasal K-pop. Tapi aku nak kongsi citer menarik yang aku tau pasal satu sungai kecil di tengah bandar Seoul, Korea Selatan. 

Aku tau pasal sungai nie mase tengah buat research nak apply Around The World In One Day kat UMP. Walaupun proposal ditolak tapi aku dapat tau banyak maklumat pasal sungai nie yang boleh dijadikan iktibar... aku nie pelajar kejuruteraan.. so ape yang berkaitan dengan alam sekitar nie aku kene peka.. kalau tak aku akan tergolong dalam golongan jurutera pemusnah(membangunkan seseuatu untuk manfaat manusia tapi pada masa yang sama memusnahkan melalui kesan sampingan pembangunan tersebut)

[Cantik kan sungai nie.. kat tengah bandar Seoul, Korea... tapi ade kisah pahit disebalik sungai nie...]

Cheonggecheong Steam adalah sebuah anak sungai yang pada asalnya mengalir dari tiga buah gunung dan mengalir merentasi bandar Seoul dan berakhir di Sungai Han. Tapi semasa dalam proses pemodenan, sungai nie mengalami pencemaran yang teruk. Disebabkan Korea adalah negara empat musim.. pada musim panas sungai nie kering... nie memburukkan lagi keadaan apabila sisa kumbahan dialirkan ke dalah sungai yang kering nie... 

[penempatan setinggan dekat sungai nie mase zaman dulu... tengok pun tau mane kumbahan domestik dicampak]

Dipendekkan cerita, semasa penjajahan Jepun, sungai nie dah dikira mati.  Sebelum penjajahan Jepun ade usaha memulihkan sungai nie namun terhenti semasa Penjajahan Jepun. Malah disebabkan kekurangan dana, sebahagian sungai dikambus untuk pembinaan jalan. Semasa Perang Korea lebih ramai yang berpindah ke Seoul dan membina penempatan setinggan di tebing-tebing sungai yang memburukkan lagi keadaan. 

 Malah pada zaman Presiden Park Chung-hee  sebuah Lebuh raya bertingkat telah dibina di speanjang sungai ini. Bayangkan pasak-pasak lebuhraya tu tercacak betul dalam sungai... 

Namun pada 2003 usaha memulihkan semula sungai ini dilancarkan. Lebuhraya bertingkat dibuang, banyak penempatan dipindahkan. Hampir lima tahun mereka berjaya memulihkan sungai nie tapi bukan sepenuhnya. Hanya sebahagian sahaja dapat dupilihkan kerana banyak bahagian telah terkambus dan aliran dari gunung juga telah hilang.


[sebahagian tiang lebuhraya yang sengaja dibiar sebagai pengajaran kepada anak cucu cicit manusia akan datang]
Sungai dipulihkan ini tidak mempunyai sumber air semulajadi kerana tiada lagi aliran dari gunung... so korea membelanjakan jumlah yang besar untuk mengepam air dari Sungai Han dan sumber berdekatan seperti air bawah tanah sebanyak 120 000 tan setahun dan ia meningkat setiap tahun, malah syarikat kumbahan juga mengepam air terawat ke sungai ini.... Manfaat dari pemulihan ini pemandangan Seoul yang dahulunya hanya hutan konkrit kini telah diserikan dengan latar hijau sepanjang sungai yang dipulihkan nie... suhu purata di kawasan persekitaran juga menurun.. Kawasan nie jugak sangat popular sebagai kawasan pelancongan...


NAMUN KORANG TAU TAK BERAPA BANYAK HARGA YANG PERLU DIBAYAR TUK SEMUA NIE.... WALAUPUN PEMULIHAN TIDAK SEMPURNA SEMUANYA... 281 JUTA DOLAR AS DIBELANJAKAN UNTUK PEMULIHAN SAHAJA... NAMUN KOS KESELURUHAN TERMASUK PEMBANGUNAN SEMULA PENEMPATAN MENCECAH 900 JUTA DOLAR AS...

SANGGUP KE KITA MENGIZINKAN KERAJAAN MENGGUNAKAN DUIT CUKAI SEBANYAK TU NAK PULIHKAN KAWASAN TERCEMAR...  TAK TERLAMBAT LAGI KITA NAK PULIHKAN SUNGAI KLANG DAN SUNGAI LAIN KAT KL TU... SUNGAI TU MASIH SEMULAJADI...

kat MAlaysia pemulihan sungai yang dikira berjaya adalah sungai Melaka.. namun sungai Melaka tu tak bersih pun lagi... tak cukup cantik... namun bravo.. buat kerajaan Melaka... usaha yang baik...

nie lagi ganbar..







Continue Reading... Labels: , ,


Kongsi.. Sambal Hitam Pahang...

1 comments

Dengan nama ALLAH
Assalamualaikum...

Sekarang nie aku cuba nak update blog sebanyak yang mungkin... paling kurang dua hari
sekali.. tapi aku try yang terbaik untuk update
sekali sehari.. so kali nie aku nak cakap pasal sambal hitam Pahang.... 
Kes nyer aku nak post entry pasal sambal nie sebab terbaca entry blog kawan aku kat Pinggu Kecik pasal die rindu masakan orang Pahang.. hehehhe...
So sebab aku nie orang Pahang tegar.. so aku kongsi lah skit ape yang aku tahu,....
tak lah expert tapi aku tau la ape mak aku buat kat dapur tu... 
Tapi aku hairan kenapa nama Pahang diletakkan.. sebenarnyer sambal nie memang asal dari Pahang (kalu ade negeri lain sorry yek...)
Mungkin nak kasi genuine skit resepi nie... Rupe sambal nie tak lah lawa... cuma selawa namanyer.... hitam legam... first timer mesti teragak-agak nak cube.. rasenye masam pedas... 

Nak buat sambal nie first kene ade asam belimbing rebus.. kalau mak aku buat biasenyer bundle terus.. 
satu kuali besar.. rebus belimbing dengan garam.. 


kalau satu kuali besar (standard kuali kat rumah.. bukan kancah or kawah tau...) dalam satu senduk setengah garam kasar.. agak2 la kemasinan yang dikehendaki.. kalu kurang nanti asam tu tak tahan lama.. kalu banyak sangat garam hilang rasa masam tu... kalu rase tak kaw tambah garam lagi...rebus dalam lapan jam.. sampai jadi mcm kat bawah nie...


haa.. mase tangah rebus tu boleh ambik air asam buat pencicah.. mase belimbing tu warne coklat dan lembik.. kacau skit.. bijik die akan terkeluar.. pastu ambik stok air asam tu.. buat cicah ikan bakar besenyer... sangat sedap...hehehh.. terliur plak...

dah ade belimbing hitam leh lah buat sambal... senag je.. bahan die
-belimbing hitam
-cili padi
-bawang merah
-ikan bilis..

kupas dan bersihkan ikan bilis.. tumbuk lada (cili padi) sampai lumat.. asingkan.. pastu tumbuk ikan bilis sampai pecah.. jangan sampai lumat.. campurkan asam belimbing hitam dalam lesung tu... gaul sebati...
tumis bawang dan lada.. agak naik bau masukkan ikan bilis yang dan diadun ngan belimbing tadi... masak sampai garing... (atau ikut selera). Sebab warna sambal nie hitam susah nak bezakan garing atau hangit.. kalau ikan bilis tu agak dah keras tu dah masak la tu....

tambah la perase kalu nak... aji no moto je... jangan dok campak Maggi secukup rase plak..
pastu kalu rase tak cukup masin tambah la garam... besenyer masin je sebab belimbing hitam tu ade banyak garam... ikan bilis pun kadang2 masin...

Selamat Mencuba....







Continue Reading... Labels: ,


Basikal Epal...???

0 comments

Bismillah...
Assalamualaikum...

Epal hijau sedap dimakan walaupun masam... Apple iPad pula sedap dibuat tengok movie sambil baring... tapi bukan nak cakap pasal Epal atau iPad... nie citer pasal basikal... heheheh... 


Basikal nie bukannyer dicipta oleh Apple Inc.. direka oleh Juan Pablo Zamora dari venezuela... mungkin Juan nie cuma nak tumpang glamor kot gune logo apple... tapi aku suka black apple dengan backgroud glowing blue... mantap... hahahha.. 

Basikal nie nampak futuristik tapi macam tak praktikal... tapi tak tau la.. teknologi kejuruteraan sekarang mungkin cukup maju tuk merealisasikan basikal nie di pasaran... 




[Source: Designlaunches]
Continue Reading... Labels: ,


Dia Hassan Bin Abdullah Al Awad

0 comments

Assalamualaikum.... Dengan nama ALLAH

bangun pagi nie explore youtube... dah lama dah aku nak cari detail pasal budak nie... first aku tahu pasal dia bile kawan aku tunjuk video dia baca surah yasin.. naik bulu roma aku... semalam aku dengar lagi.. nak mengalir air mata... Subahanallah.. sangat indah ayat2 Allah itu walaupun aku tak faham...
Aku rasa korang pun mesti ade tengok video nie...


Sangat indah alunan dari suara budak nie... aku search ade la jumpe banyak lagi video die bace surah lain... memang syahdu...



Continue Reading... Labels: ,


Valentine itu haram... SIS yang sesat dan umat Islam yang tak mcm Islam..

0 comments

ASSALAMUALAIKUM
DENGAN NAMA ALLAH

Tetiba je nak tulis entry nie... so far masih busy... tak sempat lagi nak visit blog lain yang sebelum nie visit blog aku... ish.. tadi baru siap assignment... sedang sibuk aku struggle nak buat assignment and memikirkan tanggungjawab lain yang mendatang ade la mcm promosi valentine kat fb dan blog2...
dan yang sedihnyer orang Islam plak yang beriya nak sambut..
Umat Islam sambut valentine melebih2 dari yang bukan islam... tak tau la nak cakap.. aku bukan nak bawak keluar hadis or dalil kat sini.. tak jugak nak berhujah panjang lebar... tapi sedih dan sedih... doiorang tau haram tapi bagi banyak alasan untuk menghalalkan...
bira aku bagitau...SESIAPA YANG SAMBUT VALENTINE NIE TAK DEK OTAK SEBAB HANYA MENYAYANGI INSAN LAIN SEHARI JE.. HARI LAIN TAK SAYANG...
(kan dan terkasar bahasa)
Islam sangat menganjurkan kita menyayangi sesama manusia tapi bukan sehari je.. tiap2 hari dan ade care yang lebih suci untuk kita menyayangi orang lain.....
Valentine haram disambut umat islam sebab ia berkaitan dengan kristian walaupun sejarah dan kajian mengatakan tak dek kaitan pown...
kalu tak dek kaitan dengan kristian pown valentine adalah haram seharam kelab malam sebab menganjurkan zina.. korang yang tak setuju toksah cakap banyak... memang dah haram...
Tapi ade gak yang menyokong valentine atas nama Islam menganjurkan kasih sayang... SIS yang aku tengok sudah terang lagi bersuluh sesat nie sibuk menghalalkan valentine... ISH ISH ISH...
LAgi satu aku sedih orang Islam sekarang dah tak macam orang Islam... liberal la kononnyer.. padahal sekular.. memisahkan agama dan urusan harian .. dan yang lebih dahsyat lagi ade yang menghalalkan apa yang haram... Subahanallah... sabor je la...


Gambar kat atas nie aku terjumpe semase dok nak bukak2 blog orang lain.. lupe plak nak ambik link... dari fb sebenarnyer.... aku tak yang citer pown korang dah boleh agak... ape lah nasib umat negara itu kalau ulamak mereka yang sesat... ish3...
Continue Reading... Labels:


Engineer vs Doktor.. mane lagi penting

1 comments



Assalamualaikum... Dengan Nama ALLAH

------------------------------------------------------------------------------------------
-Kegagalan kali pertama bukanlah petanda berakhirnya usaha kita tetapi ia adalah langkah pertama ke arah usaha baru untuk kejayaan-
-------------------------------------------------------------------------------------------

Tajuk aku hari nie bukan nak berdebat atau gaduh2 tentang siapa lagi hebat.. bukan jugak nak pro mane2 pihak... bagi yang belum tahu aku bagitau yang aku nie student engineering. aku study chemical engineering. dulu waktu sekolah bila cikgu tanya nak jadi ape mesti aku jawab nak jadi doktor. waktu tu tak terlintas pun dalam kepala otak aku nak jadi engineer... mase sekolah dulu engineer digambarkan oleh penulis buku teks sebagai orang yang berdiri pakai safety helmet berlatar belakangkan bangunan yang tak siap...

padahal bile aku sampai matrikulasi rupanya banyak lagi bidang engineering yang aku boleh invole... sebab subjek bio aku tak berapa cemerlang aku pun ambik fizik dan jadilah student engineering.. dulu kat sekolah cikgu cakap nak jadi doktor nie susah.. belajar lama... tapi korang tau tak sbenarnya jadi engineer nie lagi susah... belajarnyer kurang dua tahun dari perubatan tapi sangatah susah... dan cabaran menjadi engineer nie jauh lebih besar dari doktor....

dari segi kepentingan doktor dan engineering nie sama penting je.. tapi bila disingkap.. disebabkann field engineering nie sangat luas maka mungkin engineering lagi penting...
dalam pementasan atau drama.. orang yang kita lihat adalah pelakon. pelakonlah yang hebat dan sebagainyer.. tapi kita lupa pelakon tu disokong oleh pekerja belakang tabir... kedua sektor nie sebenarnyer saling bergantungan.. teater tak wujud tanpa salah satu dari ini...

begitulah juga dengan engineering.. ia ibarat kerjaya belakang tabir bagi kerjaya lain... doktor moden tak boleh mendiagnosis pesakit dengan baik jika engineer tidak wujud... MRI, x-Ray, CT Scan, hear-lung machine dan macam2 lagi peralatan perubatan dibangunkan oleh engineer. dalam dunia serba moden nie cikgu sekolah pun bergantung pada engineer.. cikgu sekarang menggunakan laptop dengan projektor... juga dibangunkan oleh engineer.. malah bangunan sekolah itu sendiri memerlukan engineer untuk ia berdiri...

masa aku masuk kelas pagi tadi pensyarah aku ada sebut perkatra yang sangat penting tentang kerjaya engineer membuatkan aku bangga dan gerun..

" when a doctor make a mistake in a surgery or treatment it will cost a person life.. but when an engineer make a mistake calculation it can kill thousand of people.."

kalau civil engineer tersilap pengiraan dalam pembinaan bangunan, berkemungkinan bangunan tu runtuh dan menelan nyawa ramai manusia.
kalau mechanical engineer tersilap buat pengiraan berkemungkinan jumlah kemalangan jalanraya akan meningkat untuk satu jenis model kereta.. berapa banyak orang akan mati...
kalau elektrical engineer tersilap pengiraan dalam pembinaan pencawang kemungkinan kemalangan letupan boleh berlaku dan banyak nyawa melayang.
kalau chemical engineering buat silap dalam pengiraan kemungkinan sebuah kilang kimia akan meletup dan menelan puluhan ribu nyawa manusia seperti yang berlaku di Bombay India (Bhopal Gas Tragedy)


Selain Bhopal Gas Tragedy ade lagi satu contoh tragedi akibat kesilapan dalam dunia kejuruteraan walaupun kadangkala ia bukan datang dari jurutera itu sendiri... Chernobyl disaster adalah tragedi letupan loji nuklear terburuk pernah direkodkan dan sampai sekarang tempat tu tak boleh didiami manusia mahupun makhluk lain...



pensyarah aku juga cakap

"if a just merely unknowledgeable layman become violent or crazy it might not too harmfull to society but if intelligent and knowledgeable people become crazy and violent.. it can destroy the society. Knowledge is like a knife, u can use it to eat ur fruit happily with ur family or u can use it to killl ur family by stabbing them"

maka hargailah ilmu yang kita ada walaupun sedikit dan gunakanlah ke arah kebaikan... semoga Allah merahmati ilmu yang kita ada dan memberi kesejahteraan kepada diri kita... AMIN

buat student perubatan atau doktor aku bukan nak kondem korang.. cume dulu aku memang nak jadi doktor cuma takdir, ALLAH lebih mengetahui apa yang baik untuk aku... doktor kat sini sebagai simbolik kerjaya lain... je...

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kepimpina itu adalah sesuatu yang dibentuk hari-demi hari bukanya dibentuk dalam sehari
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Continue Reading...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors