RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Running Man... Kisah disebalik Yoo Jae suk sbg Running Man.

10 comments

Dengan Nama ALLAH
Assalamualaikum.


Bagi yang pernah baca blog saya termasuklah 'post' yang telah dihapuskan, mungkin tahu saya adalah peminat KPop walaupun tidaklah tegar. Sejujurnya saya tidaklah meminati KPop secara keseluruhanya. Tapi harus ditekankan yang Running Man bukanlah KPop tapi K-Variey. Sebab itu istilah Korean Wave atau Hallyu digunakan yang memberi maksud yang lebih umum. 

Salah satu rancangan yang saya suka tonton adalah Running Man, sebuah rancangan hiburan keluarga (variety show) yang sempoi. Running Man kurang lawak plastik (kadang-kadang ada la) dan tidak terlalu bergantung pada populariti Korean Idol sebagaimana kebanyakan rancangan hiburan lain.


Bagi yang menonton Running Man nama Yoo Jae Suk bukanlah nama yang asing. Malah beliau adalah pengacara (di Korea digelar MC) yang paling popular. Dalam rancangan yang mempunyai lapan orang pengacara iaitu Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Song Jihyo, Haha (Ha Donghoon), Kang Gary, Lee Kwang Soo dan Song Jong Ki, insan yang merendah diri ini adalah tunjang utama dan Song Jihyo adalah satu-satunya pengacara wanita. 

Yoo Jae Suk bukanlah mendapat nama dalam sekelip mata. Nama ini tidak menjadi popular dalam sekelip mata. Beliau bermula dari bawah sebagai pelawak yang ade turun naiknya.


 
Yoo Jae Suk memulakan kerjaya dalam bidang hiburan atau dunia komedi pada tahun 1991 dan semestinya beliau bukanlah penghibur yang popular. Selama sembilan tahun Yoo Jae Suk menghadapai tempoh sukar termasuk kegawatan ekonomi, namanya mula bersinar menjadi bintang dalam dunia hiburan.

 

Pada tahun 2000, Yoo Jae Suk diberi kepercayaan untuk mengacara rancanyan hiburann Live and Enjoy Together (Dong-guh-dong-lak) sekaligus meletakkan nama beliau sebagai pengacara yang berkebolehan.  Sikap rendah diri dan bekerja keras untuk yang terbaik, beliau menjadi pengacara pilihan ramai pengarah program (PD) untuk dijemput mengacarakan rancangan arahan mereka. Bukan itu sahaja, ramai artis muda dan K-idol selesa menjadi tetamu dalam rancangan yang dikemudikan beliau.


Pernah mengacarakan banyak rancangan popular seperti X-man dan Family Outing, termasuklah Infiniti Challenge yang masih bersiaran sehingga ke hari ini, Yoo Jae Suk digelar sebagai Nation MC kerana berjaya membina nama besar dalam dunia rancangan hiburan. Family Outing adalah antara rancangan kegemaran saya dan salah satu rancangan paling popular di Korea.

Salah satu kejadian penting dalam kerjayanya adalah tindakanya menyaman sayrikat penyiaran utama Korea iaitu Seoul Brodcasting System (SBS), Korean Broadcasting System (KBS), dan Munhwa Broadcasting Company (MBC) kerana kelewatan mebayar pendapatan.  

Namun ianya diselesaikan di luar mahkamah kerana syarikat penyiaran ini tahu mereka akan kerugian sekiranya Yoo JaeSuk enggan bekerja bersama mereka. 


Yoo Jae Suk menikat tali perkahwinan bersama Na Gyoung-Eun seorang penyampai berita di MBC. Diceritakan, bibit percintaan mereka bermula semasa Yoo Jae Suk mengacarakan rancanya Infinity Challenge, salah satu rancagan hiburan paling popular dibawah syarikat MBC.


Beliau mengambil masa selama 16 tahun untuk menjadi pengacara yang dihormati seperti sekarang. Nama Yoo Jae Suk bukanlah nama yang asing bagi semua lapisan masyarakat di Korea. Ramai artis yang selesa bekerja bersama dengan beliau kerana sifat professional dan rendah diri artis besar ini. Malah ramai orang awam perasan Yoo Jae Suk banyak membantu orang di tempat awam tanpa perlu mendedahkan beliau adalah artis terkenal.


-EOL-



Continue Reading... Labels: , , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors