RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Ragam Manusia dalam Subway [Gambar]

1 comments

Dengan Nama Allah.... Assalamualaikum

Ok.. tiga hari aku tak jenguk blog dengan berbagai sebab ermasuklah outing ke bandar Kuantan dengan Rapid Kuantan.... Tetiba  harini terdetik nak melawat blog.. Sebab aku bukan blogger famous dan tak ramai follower setia maka aku dapat tengok fluctuation yang besar dalam trafik blog aku... by the way aku tak kisah pun.. lantak la dengan trafik tu.. Once again aku tak nak post bende panjang sangat.. post bergambar kali nie adalah ragam manusia dalam subway..


 Korang kenal siapa dalam small pic tu.. hermmm .. memori lama tuh..

 Die nie maybe stress sikit.. tu yang buang tebiat tu.. 

 Yang nie aku tak tau nak cakap ape..
.
Die sejuk tu..

 Dioarang punyer kapal rosak.. sebab tu kena naik subway..

 Sebab tu lah diharamkan arak dalam ISLAM.. tengok nie.. maruah dicampakkan mcm tu je..

 Yang nie aku tak tau nak komen ape.. maybe Subway owner yang anjurkan festival dalam subway..

Hermmm...





Continue Reading... Labels:


Gambar Speechless But Thousand Story

0 comments

Dengan Nama Allah... Assalamualaikum..

Sehari tak update blog sebab busy dengan presentation Project and Plant Design. Hari nie pun tak berapa sihat. So update post bergambar je..

Kalau benda2 mcm nie jadi depan korang apa reaksi korang yer?? Tapi tengok gambar nie membuatkan aku ternganga sikit.. sikit je.. speechless kejab.. nak gelak mcm tak lawak.. entahlah..
















Continue Reading... Labels: ,


Kucing Muka Paling Ketat Di Dunia [Gambar]

5 comments

Dengan Nama Allah.. Assalamualaikum

Anda mesti biasa lihat gambar sebegini, lol pic yang menggunakan muka kucing ini. Tapi pasti ada yang bertanya samaada ianya photoshop atau gambar original.



Kucing ini telah dinobatkan sebagai The Grumpiest Cat In The World oleh pengguna internet. Kisah kucing ini menjadi sensasi di internet apabila abang kepadaTabatha Bundesen, tuan kucing tersebut meletakkan beberapa keping gambar née Tardar Sauce di Reddit pada 22 September 2012. Pelbagai spekulasi tentang gambar kucing bernama née Tardar Sauce atau lebih mudah digelar Tard, yang dikatakan dimanipulasi. Namun lebih banyak gambar mula muncul di internet bagi membuktikan ianya bukanlah manipulasi gambar.


 

Apabila video dan gambar tard menjadi semakin popular, mereka mula membangunkan laman sesawang GrumpyCats.com. Melalui laman ini mereka bukan sahaja meletakkan gambar dan video tard, tetapi juga melancarkan derma untuk membantu kuicng jalanan dan kucing di pusat pelindungan haiwan.

 

Apabila ditanya tentang baka Tard, mereka sendiri tidak pasti kerana Tard langsung tidak kelihatan seperti ibunya mahupun ayahnya. Tard kelihatan seperti kacukan Ragdoll atau Showshoe namun tidak ada baka itu di rumah mereka. Ibu Tard adalah Calico Domestic Short Hair dan ayahnya hanya kucing dengan belang putih kelabu.

 

 

Pernah mereka membawa Tard ke klinik haiwan namun doktor mengesahkan Tard adalah sihat. Rupanya begitu mungkin kerana genetik ataupun neurologi.

 

Q&A dari GrumpyCat.com

1) Bepakah umur Tard: 
Dia (betina) lahir pada 4 April,2012.
2) Apakah baka tard:
Baka campuran tanpa diketahui secara jelas.
3) Adakah Tard dikacukkan? Dari mana Grumpy cat sebegini boleh diperolehi.
 Tard tidak dikacuk. Ianya berlaku secara tidak sengaja dan (alamiah).
4) Kenapa muka Tard begitu grumpy (ketat.. heheh)
Tard tidak grumpy, dia hanya sangat comel, suka dibelai dan manja.

5) Bolehkah saya ingin memilikinya:
Tidak. Tengok je gambar dekat website.


Diriwayatkan kedua mereka adalah ibu dan bapa kepada née Tardar Sauce

 Si ibu:Cellie

Bapa Tard, si kucing belang

Percaya atau tidak kini Tard mempunya peminat yang ramai malah ada banyak gambar animasi Tard fanmade yang dihasilkan.

 













Mereka adalah adik beradik



 (Penggunaan kata 'ketat' di dalam post ini bagi menyesuaikan dengan jargon atau bahasa pasar. Grumpy secara Istilah membawa maksud pemarah, perengus)

Sumber Primari: The Original Grumpy Cat
Sumber Sekunder:
http://www.huffingtonpost.com/2012/12/10/tard-the-grumpy-cat-speaks-pretty-freaking-adorable_n_2273523.html
http://now.msn.com/grumpy-cat-tardar-sauce-featured-in-photo-gallery




Continue Reading... Labels: , ,


Kisah Sweet Nenek Misa dan Fukumaru

4 comments

Dengan Nama Allah.. Assalamualaikum....

Tahun 2001, Nenek Misa telah menemui seekor anak kucing terbuang yang seperti kebanyakan kucing lain di teduhan ladangnya. Namun hati Nenek Misa terdetik untuk mengambil pulang anak kucing tersebut. Mungkin kerana keunikan yang ada pada anak bulus tersebut membuatkan Nenek Misa terdetik untuk memeliharanya atau mungkin menghilangkan kesunyian sebagaimana warga tua yang lain. Kini telah11 tahun anak kucing itu hidup dengan Nenek Misa, Fukumaru, adalah teman sejati buat Nenek Misa.


Kisah persahabatan ini mula mendapat perhatian apabila, Miyoko Ihara, seorang jurugambar dan juga cucu kepada Nenek Misa  mula memgambil gambar neneknya dan Fukumaru sejak sekian lama dan mula menerbitkan buku bergambar tentang persahabatan sejati manusia dengan haiwan ini. Kini Nenek Misa yang sudahpun mencecah 88 tahun sentiasa ditemani Fukumaru di rumah, bersama kawan mahupun ke ladang.Fukumaru dianggap sebagai pembawa tuah dan reeki kepada Nenek Misa. Oleh itu nama Fukumaru dipilih yang bermaksud God of Fortune mengikut kepercayaan Nenek Misa.


Hidup bersama dan menjadi tua bersama, hampir sedekat bersama, mereka berkongsi banyak pengalama malah menyambut hari lahir bersama.




 Sangat cute




 Fukumaru yang mempunyai kecacatan pendengaran dan Nenek Misa yang juga mengalami masalah pendengaran menjadi mata antara satu sama lain. Setiap hari Fukumaru akan bersama Nenek Misa pergi ke ladang untuk bertani. Fukumaru akan berguling dan bermain sambil menunggu Nenek Misa sedang bekerja dan kadang-kadang merayau di sekeliling untuk melihat apa yang dilakukan Nenek Misa.





Tidak ada yang lebih manis dari keakraban hubungan mereka berdua. Bukan sahaja ke ladang, malah makan dan mandi juga, Fukumaru setia bersama dengan Nenek Misa termasuklah semasa Nenek Misa berehat dan tidur.





 









Menurut Miyoko, mereka berdua terlalu gembira bersama. "Apabila saya mengambil gambar mereka berdua, seolah-olah saya sedang mengambil gambar saya sendiri bersama gadis kecil. Melihat nenek saya, dia hidup dengan penuh kekuatan yang tak mungkin ada pada generasi sekarang. Bangun pagi bersama terbitnya matahari dan kembali tidur bersama terbenamnya matahari. Nenek terlalu menyayangi fukumaru dan sayur-sayurannya. Nenek gembira apabila sayurnya tumbuh dengan subur. Kadang-kadang saya cemburu dengan cara hidup nenek."











Kisah hidup mereka telah didokumentasi dalam Misao The Big Mama And Fukumaru The Cat
Sumber Primary: Misao The Big Mama And Fukumaru The Cat
Sumber Secondary:
 http://www.dailydawdle.com/2012/11/heartwarming-old-lady-misa-and-her-cat.html
 http://www.dailymail.co.uk/news/article-2232894/Misa-Fukumaru-Friendship-pensioner-cat.html



Continue Reading... Labels: , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors