RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Amazing World of Engineering

0 comments

Dengan Nama Allah.. Asslamualaikum

Salam kepada semua pembaca blog aku.. dah lama blog nie tak berbunyi.. Bile dah lama tak blogging akan ambil masa balik nak keep on track.. Bagi yang pernah usha blog aku mungkin tahu blog nie bermula sebagai blog personal, beralih kepada blog informasi bergambar dan perkongsian.. Tapi sekarang mungkin blog nie akan membawa kembali elemen personal yang pernah aku buat dulu.Tapi tu kemudian cerita. Yang pernah baca blog aku mesti tahu aku pelajar kejuruteraan. Secara tepet kejuruteraan kimia. Jadi jurutera atau tidak nanti itu semua ketentuan Allah. Ade orang bertanya dekat shout box hidup lagi ke blog nie.. Insha Allah masih hidup. 

{jurutera yang dimaksudkan dalam entry ini adalah merujuk komuniti yang terlibat dalam dunia kejuruteraan termasuklah jurutera, teknisyen, mekanik, dan maintenance crew dan lain2 yang terlibat}

Secara hakikat mungkin kerjaya jurutera tidak dilihat terlalu besar.. mungkin tidak sehingga kini.. Kalu dalam pementasan, prop akan disediakan dan disiapkan oleh pekerja belakang tabir.. Begitulah jurutera.. Jurutera ibarat berada di dalam alam mereka sendiri, berkhidmat untuk masyarakat tanpa masyarakat sedar.. Besar sangat ke sumbangan jurutera nie.. 

Doktor mungkin dianggap penyelamat manusia.. namun peralatan yang digunakan doktor dalam dewan bedah, di luar dewan bedah dan termasuklah di rumah mereka... tidak mampu wujud jika Allah tidak mewujudkan jurutera.. 



Guru dianggap sebagai penyampai ilmu yang penting.. tapi alatan tulis dan alatan bantuan mengajar itu dihasilkan jurutera.. 

 

Ibu sebagai suri rumah yang berkorban untuk anak2.. namun ibu bergantung kepada jurutera untuk memasak.. gas memasak tidak keluar dari tanah dan sampai ke rumah anda dengan mudah..



Tidaklah dengan memberi contoh sebegini bermakna kerjaya jurutera lebih penting dari kerjaya dan sumbangan individu lain.. tidak sesekali saya ingin menjadikan jurutera dianggap superior dalam kalangan manusia.. 


Cuma meminta sekelumit perhatian dari masyarakat untuk menyedari besarnya pengorbanan jurutera. Meninggalkan keluarga untuk ke offshore bagi memastikan kereta anda mampu bergerak, elektrik mampu dijana, dan ibu anda tidak terputus bekalan gas untuk memasak. Bekerja dalam keadaan yang merbahaya bagi memastikan kabel elektrik berada dalam keadaan yang baik supaya elektrik yang dijana mampu sampai ke rumah anda. berpanas hujan bagi memastikan jalan raya tersedia untuk digunakan.. 

Banyak lagi jika ingin disebut.. Mungkin tak semua jurutera itu baik.. namun yang baik itu mengatasi yang corrupt.. Kat sini , bersesuaian dengan tajuk entri aku, nak kongsi satu video penuh inspirasi pekerja yang bekerja sebagai inspector kabel bervoltan tinggi.. tengok dan hargailah anugerah bekalan elektrik yang sampai kat rumah korang.. 



kalu tak boleh tonton.. klik sini 

*Engineering share moments..
 - Satu rod didekatkan ke kabel atau ke helikopter setiap kali  helikopter mendekati dan menjauhi kabel. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya spark atau renjatan yang besar yang bleh menyebabkan kebakaran. apabila rod telah menyentuh kabel, satu wayar akan diletakkan bagi menghubungkan helikopter dan kabel untuk memastikan aliran elektrik tanpa percikan (spark) api.
-Selagi heli dan manusia jauh dari tanah, renjatan elektrik takkan berlaku dan tidak merbahaya sekiranya elektrik mengalir dengan baik ke seluruh badan manusia dan bahagian tertentu helikopter.. ini sama konsepnyer dengan burung yang hinggap atas kabel tanpa penebat dan burung itu tidak direnjat elektrik.. Namun jika burung tersebut hinggapterlalu hampir dengan tiang, renjatan boleh berlaku.








Continue Reading... Labels: , , ,


Yang Tersirat: Kisah panda untuk dunia..

0 comments

Dengan Nama Allah
Assalamualaikum

Tetiba je nak blogging balik.. hahahha.. mcm angin monsun je aku nie.. kejap ade mood nak blogging.. kejap takdek.. tapi mood baru nie hilang lepas artikel aku kene reject oleh Apesal.. hahha.. sebenarnyer mase tu tengah busy dengan Projek Sarjana Muda ngan Plant Design.. so kononnya nak stop kejap lepas dua post tu sebelum sambung balik.. last2 terus stop blogging.. dekat dua bulan kot.. bile cek balik baru nie baru perasan Autoplay tu membuatkan blog aku jadi sewel.. patutlah kene reject.. by the way.. berbalik pada kisah panda



Panda sinonim ngan China.. tapi juga sinonim ngan WWF.. bukan worl wrestling yer.. tapi World Wildlife Fund. But sekarang dah bergelar Worl Wide Fund for Nature. Panda adalah maskot WWF. Panda dalam logo WW ini adalah Giant Panda yang bernama Chi Chi, dibawa dari China ke London pada tahun yang sama WWF ditubuhkan (1961).  Disebabkna Chi Chi adalah satu-satunya panda yang berada di Barat sewaktu itu, dan panda adalah haiwan yang terancam sesuai dengan peranan WWF dalam menggerakkan usaha melindungi alam dan haiwan liar, maka Chi Chi telah dipilih sebagai maskot sampai lah ke hari ini. Panda juga dipilih kerana WWF nakkan keistimewaan impak dalam cetakan hitam putih.. mungkin kerana risalah waktu tu takdek yang berwarna lagi.

Kalau Malaysia nak tubuhkan Yayasan yang serupa.. aku sarankan gunalah haiwan yang sinonim ngan Malaysia.. Gajah ke.. tapir ke.. jangan lembu sudahlah.. hahahha Banyak usaha yang dilakukan WWF.. walaupun tak seradikal GreenPeace, tapi tetap ade usaha tu.. cer tengok poster diorang nie... penuh mendalam maksud yang tersirat disebalik kempen diorang nie..

























Sumber:
 Wikipedia seperti hyperlink di keyword2 tertentu
Conteng2Kreatif  


Continue Reading... Labels: , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors