RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Matilda: Si Kucing Makhluk Asing

0 comments

Dengan Nama Allah...
Assalamualaikum.

Sumber kisah dan gambar adalah dari aliencatmatilda.
Tidak mustahil ada orang akan mengatakan gambar di bawah telah disunting menggunakan perisian Photoshop kerana ianya kelihatan begitu luar biasa. Dia kelihatan seperti watak Puss In Boot dalam animasi Shrek. 



Ini adalah kisah Matilda; Si Kucing Bermata Besar atau Matilda Si Kucing Makhluk Asing yang tinggal bersama Si Ayah Lelaki Berjambang, Si Ibu, dan Si Anjing.



Matilda asalnya seekor kucing terbiar, dikatakan lahir pada 14 Februari, 2013 di sebuah rumah yang dipenuhi barangan lusuh sebelum diselamatkan oleh persatuan pencinta haiwan. Matilda telah diterima sebagai salah seorang ahli baru keluarga Si Ayah Lelaki Berjambang, Si Ibu, dan Si Anjing. 

Seperti anak kucing yang lain, Matilda adalah sangat kecil dan comel namun cukup berani dan mudah mesra dengan ahli keluarganya juga mampu menakutkan Si Anjing yang sepuluh kali lebih besar darinya. Semunya kelihatan normal melainkan matanya yang sedikit kuyu sehingga dia digelar sebagai Quasimodo (watak dalam novel The Hunchback of Notre-Dame (1831) oleh Victor Hugo). 

Pada permulaannya, Matilda hanya kelihatan seperti anak kucing yang lain, comel, kecil dan lincah. (Sumber: aliencatmatilda)

Namun pada ulangtahun hari kelahiran pertamanya, sesuatu keganjilan berlaku; anak mata kanan Matilda membesar selama beberapa minit sehingga membuatkan Si Ibu panik lalu membawa kucing comel ini ke klinik haiwan. Namun mata Matilda kembali normal dalam beberapa minit dan  Si Ibu pula digelar bagai perempuan gila yang panik tanpa sebab. Ianya berulang dan seperti biasa kembali normal dan Matilda disahkan sihat sehinga suatu hari Matilda disahkan menghidap Leukimia.

Si Ibu dan Si Ayah Lelaki Berjambang bertegas ada sesuatu yang tidak kena dengan mata Matilda dan mereka cuba mencari jawapan dengan menghubungi persatuan pencinta haiwan yang menyelamatkan Matilda. Persatuan itu terkejut kerana mereka juga sebenarnya telah lama cuba menghubungi Si Ibu kerana adik-beradik Matilda disahkan mempunyai masalah mata yang misteri.

Berdasarkan maklumat ini, Matilda dibawa bertemu pakar oftamologi haiwan untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan Malilda menghidapi spontaneous lens luxation, penyakit sama yang dihidapi adik-beradiknya. Ini adalah penyakit di mana kanta mata teralih dari kedudukan asal. Matilda tidak menghidapi Leukimia namun ianya lebih mengejutkan.
Ianya menjadi lebih buruk apabila kanta mata kanan Matilda telah terpisah sepenungnya membuatkan matanya membesar. Pembedahan pada adik-beradiknya tidak memberikan kesan yang positif membuatkan Si Ibu, Si Ayah dan pakar oftamologi membuat keputusan berserah kepada takdir. Penyakit ini datang bersama kekurangan kolagen yang membuatkan penyembuhan menjadi perlahan sekiranya berlaku kecederaan.

Ini adalah gambar Matilda semasa penyakitnya mula dikenalpasti (Sumber: aliencatmatilda)

Mata kiri Matilda juga menerima nasib yang sama dan ia mula membesar membuatkan si comel ini menunjukkan tanda-tanda kemurungan. Keluarganya memberikan ubat titis bagi mengurangkan tekanan pada bebola mata Matilda walaupun Matilda membencinya. 

Matilda kembali ceria namun Matanya terus membesar. 
 
Buat masa ini Si Ibu, Si Ayah Lelaki Berjambang dan Si Anjing hanya boleh menunggu dan menunggu. Keluarga Matilda sedang melakukan kempen kutipan dana bagi menghadapai kemungkinan pembedahan untuk membuang mata Matilda.

"Matanya terus membesar, walaupun pemeriksaan dokor mengesahkan tekanan bebola mata Matilda adalah seperti biasa, akal waras tahu ianya akan membesar dan sesuatu akan berlaku."

Gambar di bawah adalah antara gambar terbaru diambil dari Instagram Matilda.


Pada mereka Matilda adalah sesuatu yang indah dan Matilda dianggap sebagai kucing yang sangat istimewa. Walaupun bersedih, keluarga mereka seperti pemilik kucing yang lain menayangkan kepada dunia akan betapa istimewanya Matilda Si Kucing Bermata Besar. Mereka mahu kongsikan kepada dunia akan kecantikan Matilda. 



Sehingga artikel ini ditulis, Matilda disahkan hampir buta sepenuhnya. 




Matilda sememangnya anugerah yang tidak ternilai.

Anda boleh mengikuti perkembangan Matilda melalui pautan berikut:

Laman Sesawang Rasmi: aliencatmatilda
Instagram: Matilda (@aliencatmatilda)


Continue Reading... Labels: , , ,


Jepun Bina Terowong untuk Penyu Melintas Landasan

0 comments

Dengan nama Allah...
Assalamualaikum

Jepun memang terkenal dengan idea kreatif dalam menyelesaikan masalah tidak kurang juga idea yang pelik. Tapi apabila banyak nyawa haiwan yang bergerak perlahan ini melayang di atas landasan keretapi, syarikat West Japan Railway bersama Suma Aqualife Park bekerjasama menjadikan hidup penyu dan kura-kura lebih selamat. Saban tahun banyak kura-kura dan penyu tersangkut di landasan keretapi yang akan menyebabkan kelewatan perkhitmatan, kerosakan landasan dan keretapi itu sendiri. Masalah ini terjadi di landasan yang berhampiran dengan laut dimana terdapat pergerakan kekura dan penyu ke daratan.

Penyu dan kura-kura selalunya tersangkut apabila mereka cuba untuk menyeberang landasan keretapi namun terjatuh diantara dua besi landasan. Apabila terjatuh, kebarangkalian untuk mereka memanjat kembali adalah sangat tipis dan selalunya akan terus merangkak ke penghujung dua besi landasan tersebut. Kebanyakannya menerima nasib malang apabila mereka tersangkut di antara persimpangan landasan atau di antara suis landasan lalu mati apabila diapit oleh suis landasan atau digilis keretapi. Ini akan merosakkan sama ada landasan atau keretapi lalu memaksa perkhidmatan dihentikan sehingga ia diperbaiki semula.


Bagi membolehkan perjalanan manusia dan haiwan menjadi lebih selamat, terowong atau longkang kecil di bina di kawasan strategik bagi membolehkan penyu dan kekura melintas tanpa tersangkut di atas landasan atau digilis keretapi.


Terowong ini telah dipasang sejak April 2015 dan pemerhatian mendapati sekurang-kurangnya sepuluh ekor penyu atau kekura menggunakan terowong ini. Ini bermakna sepuluh  nyawa telah terselamat. Kaedah ini mungkin akan diperluaskan ke seluruh Jepun dan mungkin negara-negara lain yang mempunyai masalah sama akan menggunakan kaedah ini. 


-EOL-


Continue Reading... Labels: , ,


Selfie di London Paling Menyedihkan

0 comments

Dengan nama Allah
Assalamualaikum

Sekarang, dalam dunia gajet menjadi salah satu peneman hidup, selfie bukanlah perkara asing. Hampir semua pemilik telefon pintar pernak melakukan selfie. Bagi backpackers, selfie sudah semestinya menjadi sau perkara wajib dilakukan apatah lagi jika mengembara berseorangan. Mengambil selfie di mercu-mercu tanda atau di tempat yang menarik adalah slefie yang sering dimuat naik di Instagram. 

Somerset House London telah menjalankan satu projek untuk sebahagian data Big Bang mereka dan mendapati selfie di London adalah yang paling menyedihkan.


Kajian ini dijalankan menggunakan perisian pengecaman muka dan penilaian mata manusia. Oleh itu ketepatan hasil kajian ini boleh dipertikaikan. Ianya dilaksanakan ke atas 152 462 gambar dari Instagram di London dan dibandingkan dengan lima bandar popular lain iaitu  Bangkok, New York, São Paolo, Moscow, dan Berlin. 

Berdasarkan maklumat demografi selfie di London, purata umur pemilik selfie lelaki adalah dianggarkan berumur 28 tahun lebih tingi berbanding bandar-bandar lain iaitu 26.3 tahun. Manakala bagi pemilik selfie wanita, purata umur adalah 23.7, tidak jauh bezanya dengan bandar-bandar lain iaitu pada purata umur 23.6.

London mempunya jumlah selfie wanita kedua tertinggi selepas Moscow iaitu 62.8% manakala Moscow mempunya 82.0% selfie oleh wanita. Ringkasan maklumat demografi dicartakan dalam rajah bergambar di bawah.

 

Keputusan kajian menunjukkan London mempunyai gaya/pose kaku/lurus tertinggi- purata tolehan kepala 15 darjah berbanding purata 20 darjah berbanding bandar-bandar lain. 

Perisian pengecaman muka mengesahkan kadar kegembiraan yang dipaparkan di London adalah terendah. Perisian mengecam muka memberikan keputusan dalam skala 0-1 iaitu 0 untuk paling kurang gembira atau sedih dan satu sebagai paling gembira. London hanya mempunya purata kegembiraan sebanyak 0.55 berbanding 0.66 untuk bandar lain. 

Dipetik dari laman web Mashable Dr. Lev Manovich, salah seorang pembangun bersama projek ini dan juga professor di Pusat Siswazah di City University of New York mengatakan, "Mengambil kira pemuda London menghadapi cabaran masa-masa sukar kenaikan harga hartanah dan persaingan tinggi pasaran pekerjaan, serta fakta bahawa London mempunyai lebih banyak jumlah warga yang berusia, tidak selalu gembira bukanlah perkara yang mengejutkan".

Sumber: Mashable, Selfiecity London.



Continue Reading... Labels: , ,


Aplikasi Chrome Baru Mampu Menjimatkan Data

0 comments

Dengan nama Allah...
Assalamualaikum.


Gambar oleh Google

Baru-baru ini Chrome telah mengumumkan fungsi terbaru di dalam pelayar mereka utuk pengguna Android dan iOS yang mampu menjimatkan penggunaan data. Perkhabaran ini sudah tentu menjadi berita gembira buat pengguna telefon pintar mudah alih di Malaysia. 

Umum tahu akan perjuangan rakyat Malaysia untuk menjimatkan penggunaan data telefon bimbit mereka disebabkan bandwith yang terhad dan pakej yang mahal. 


Gambar oleh Google Chrome Blog

Fungsi terbaru ini boleh didapat dalam aplikasi terbaru atau kemaskini pelayar Chrome. Dengan mengaktifkan Data Saver, Chrome hanya akan memuat teks tanpa memuat gambar dari laman sesawang apabila kelajuan internet yang rendah dikesan. Penguna boleh memuat gambar yang dikehendaki sahaja dengan tap/klik pada gambar yang dirasakan perlu. 

Chrome mendakwa fungsi ini akan membantu pengguna menjimatkan data sehingga 70%. Bagaimanapun buat masa ini hanya negara India dan Indonesia sahaja yang baru mendapat kemudahan ini. Ia akan mengambil masa untuk negara lain mula mendapat kemaskini bagi fungsi baharu ini.

Pengguna Android boleh mengaktifkan funsi ini (selepas update terbaru) melalui Setting (tetapan)> Data Saver> On





Continue Reading... Labels: , ,


Kucing Ceroboh Kawalan Keselamatan Persidangan G20 di Turki

0 comments

Dengan nama Allah...
Assalamualaikum

Ini serius sangat comel. Saya peminat kucing tapi tidak berkemampuan dari segi kewangan dan komitmen untuk memelihara haiwan comel ini. Tapi tidak bermaksa saya tidak boleh menikmati kelucuan kucing.

Walaupun dengan kawalan keselamatan yang ketat oleh pihak berkuasa Turki bagi melancarkan Persidangan G20 di Antalya ini, kucing dengan selambanya menceroboh dan mendominasi pentas utama persidangan. Kucing memang tak boleh tengok kalau manusia senang kan. Ada je modal nak kacau kita.. hahaha

Video ini di muat naik oleh portal berita Rusia, RUPTLY.




Kucing oh kucing...

-EOL-


Continue Reading... Labels: ,


[Video] Cara Mengawet Kepingan Salju

0 comments

Dengan nama Allah...
Assalamualaikum

Pernah tonton cerita Frozen? Bagi yang selalu tonton rancangan kartun atau animasi yang memaparkan salji, mesti tahu bagaimana kepingan salji digambarkan mempunyai bentuk seakan bunga yang menarik.

Sememangnya benar bentuk kristal air di dalam salji sememangnya menarik namun tidak semua akan berbentuk seperti bunga. Gambar dibawah adalah contoh kristal air di dalam salji. Ada pelbagai lagi bentuk bergantung kepada keadaan di mana salji itu turun. Disebabkan saiz molekul air agak besar dan saiz kristal ini juga agak besar, maka kanta pembesar boleh digunakan untuk melihat kristal ini tanpa perlu menggunakan mikroskop. Bagaimanapun sudah pasti mikroskop akan memberikan gambar yang lebih jelas.



Sumber: Wikipedia


Teringan kenangan saya menuntut pelajaran di England, pengalaman salji turun buat pertama kali memang sangat serono, tapi mula-mula je. Lepas tu dah tak tahan sejuk namun tak dinafikan memang sangat cantik. Gambar di bawah diambil pada malam hari pertama salji turun berdekatan rumah di Sheffield, England. Walaupun turun waktu malam, pembiasan cahaya oleh salji menyebabkan keadaan malam sangat cerah. 




Video di bawah pula mengajar cara untuk mengawet salji atau kristal air. Video ini didalam bahasa Inggeris. Video ini dibuat oleh Bryan Rolfe di mana beliau mempelajari kaedah mengawet kepingan salji dari sumber-sumber internet.
Anda boleh lompat minit video ke 00:20 kerana video ini dimulakan dengan klip dari rancangan Big Bang Theory dan tidak sesuai untuk penonton bawah umur juga penonton yang ingin menjaga mata suci anda tapi bukan lucah, jangan risau.





Proses ini mungkin tidaklah sukar namun masalah utama bagi kita rakyat Malaysia adalah mendapatkan salji. Selamat mencuba... hihihi.

-EOL-



Continue Reading... Labels: ,


Video Viral yang Mengejutkan, Realiti Pelajar Remaja Di Korea

0 comments

Dengan nama Allah
Assalamualaikum



Ini sesuatu yang menyedihkan. Yer banyak lagi perkara lain yang lebih menyedihkan seperti apa yang terjadi di Syria. Namun apa yang nak saya kongsikan ini tak kurang menyedihkan juga. Satu video yang viral di Korea mengambarkan apa yang ada dibelakang sistem pendidikan di Korea Selatan. 

Kita sering di suap dengan berita hiburan dari negara Kimchi ini tapi tak semuanya dalam dunia ini indah belaka. 

Tahukah anda Korea Selatan mempunyai kadar kejadian BUNUH DIRI di kalangan remaja yang sangat tinggi. Di saat remaja di sebelah sana dunia berjuang untuk hidup dalam medan perang, di Korea, antara penyebab utama kematian remaja dan golongan muda adalah BUNUH DIRI. Semua ini terjadi dek kerana tekanan untuk berjaya dalam pelajaran.

Di dalam video ini, seorang remaja perempuan kerap bertanya soalan yang sama kepada ibunya; "adakah saya boleh melakukan apa sahaja sekiranya saya lulus peperiksaan ini?" Apa yang terjadi remaja perempuan ini terus-terusan tertekan dengan desakan untuk mendapat gred yang tinggi di sekolah, tidak boleh lagi berseronok dengan rakan seusia, penat dengan kelas tusyen dan balik ke rumah perlu menghadapi ibunya yang terus menekan beliau untuk terus belajar.

Dia lulus dan ibunya seperti biasa mengatakan dia boleh melakukan apa sahaja kerana dia telah lulus, dan dia membunuh diri.




Dikatakan kisah dalam video ini diambil dari kisah benar. Apa yang menyedihkan nasib remaja perempuan ini yang membunuh diri kerana tekanan belajar sudah tidak menjadi perkara aneh, malah perkara yang sering didengari. Kajian menyatakan remaja di Korea Selatan adalah remaja yang paling tidak bahagia di dunia.

Terdapat usaha seperti kempen anti bunuh diri namun ianya tidak melenyapkan punca disebalik masalah ni. Sistem pelajaran yang terlalu menumpukan pada peperiksaan dan kedudukan boleh menjadi pembunuh senyap yang kita tidak ketahui apabila masyarakat menjadikannya sebagai tujuan utama hidup. 

Tidak mustahi masalah seperti ini akan terjadi di Malaysia jika kita terlalu menekankan cemerlang dalam peperiksaan sebagai penanda aras hidup.  

Bagi yang beragama Islam, fahami hadis ini akan larangan keras membunuh diri.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang bunuh diri dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung terus selamanya. Barang siapa yang minum racun sampai mati, maka ia akan meminumnya pelan-pelan di neraka Jahanam selama-lamanya. Barang siapa yang menjatuhkan diri dari gunung untuk bunuh diri, maka ia akan jatuh di neraka Jahanam selama-lamanya. (Shahih Muslim No.158)


Sumber: Soompi


-EOL-



Continue Reading... Labels: , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors