RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Apa itu menara kincir suria?

0 comments


Dengan nama Allah.. Salam sayang aku dari Sheffield buat pembaca sekalian. 

Untuk post aku kali ni, aku nak berkongsi ilmu apa yang aku belajar dalam bidang Environmental & Energy Engineering. Apabila menyebut tentang tenaga suria, ramai yang membayangkan tentang panel suria yang akan menjana elektrik pada waktu siang dari cahaya matahari. Tapi tahukan anda wahai pembaca sekalian terdapat dua jenis tenaga suria iaitu photovoltaic dan termal. 

Panel suria yang menjana elektrik secara langsung adalah jenis photovoltaic. Dikategorikan sebagai tenaga diperbaharui dan hijau kerana tidak melibatkan pelepasan karbon semasa penjanaan. Tapi penghasilan panel suria (solar panel) akan menggunakan bahan yang mungkin merbahaya kepada alam sekitar. Selain tu, panel suria hanya berkecekapan bawah 40% dan kos penghasilan dan pemasangan panel suria masih tingi.

Panel suria menjana elektrik secara terus untuk menggerakkan kereta

Jenis tenaga suria kedua adalah termal, penggunaan haba yang dihantar ke bumi melalui radiasi. Tenaga thermal suria ni sangat banyak dan sudah tentu percuma namun untuk menuai tenaga ini, kaedah berkesan masih dalam kajian. Walau bagaimanapun, telah ada yang dikomersialkan. Contoh paling mudah dalam menuai tenaga termal suria adalah menjemur pakaian atau menjemur ikan kering.  Contoh lebih kompleks adalah pemanas air suria yang diletakkan di atas bumbung tetapi di Malaysia, ianya jarang dapat dilihat kerana kita kurang mandi dengan air panas. Tapi untuk proses penjanaan tenaga sekunder yang boleh dialirkan iaitu elektrik, kaedah dan teknologi yang lebih kompleks diperlukan. 

Ada banyak kaedah untuk menuai tenaga termal solar antaranya menara solar, pemantul parabolik selari, pemantul parabolik enjen Stirling, dan beberapa contoh lain. 

Loji penjanaan elektrik dari tenaga termal solar mengunakan kaedah pemantul parabolik selari.



Menara solar

KAedah diatas memanfaatkan haba untuk menghasilkan stim yang akan menggerakan turbin bagi menjana elektrik. 
Tapi yang aku nak kongsikan adalah kincir suria. Pernah dengar kincir angin? Janaan elektrik dari angin. Kincir solar juga menggunakan angin namun tenaga thermal suria digunakan bagi menjana pergerakan angin. 
Udara yang panas berketumpatan rendah, akan bergerak ke atas. Apabila udara panas atau suam bergerak ke atas maka akan berlakulah pergerakan angin. Jika suatu kawasan atau infrastruktur dibina, kita akan dapat menggunakan tenaga suria untuk memanaskan udara dan menjana pergerakan angin seperti di dalam gambar di bawah.


Perangkap atau collector dibina dari bahan telus cahaya dan murah seperti lapisan plastik. Lapisan ini akan membenarkan radiasi dari matahari namun akan memerangkap haba. Haba ini akan memanaskan udara di dalam peangkap ini dan udara panas akan mencari ruang untuk bergerak ke atas. Dengan rekabentuk yang berkesan seperti dalam gambar di atas, angin akan bertiup ke arah menara kincir atau cerobong dan memutar bilah kincir sekaligus menjana tenaga. 
'
Kaedah ini masih dalam kajian dan pembangunan dan keberkesanan masih sedang ditingkatkan. Apa yang menarik adalah, kincir angin suria masih MAMPU BERPUTAR PADA WAKTU MALAM!!!!! 

Ini kerana haba yang terperangkap juga memanaskan lapisan tanah dan tanpa kehadiran cahaya matahari, haba dari tanah akan terus memanaskan udara dan pergerakan angin akan terus berlaku. Kolam termal suria boleh dibina di bawah perangkap ahab bagi menyimpan lebih banyak haba kerana air mampu menyimpan haba lebih banyak dari tanah.

 Video dibawah (Bahasa Inggeris) akan memberi gambaran lebih jelas. 



Pembinaan menara kincir solar mungkin tidak secantik kincir angin dari segi reka bentuk namun ianya lebih mesra hidupan liar seperti burung. 

EnviroMission mencadangkan satu menara kincir solar gergasi dinina dengan rekabentuk yang cantik dan dilengkapi ruang tinjau di puncak menara. Saya sertakan gambaran itu di dalam video di bawah. Mungkin cadangan ini terlalu bercita-cita tingin namun denagn pembanguna teknologi pembinaan, ianya hanya terhad kepada imaginasi minda manusia.


Sama ada Malaysia akan  membina penjanaan tenaga dierbaharui masih menjadi tanda tanya kerana jika ini berlaku negara kita tidak akan mampu menjana keuntungan dari petroleum. So fikir-fikirkan lah.

Sekian.

Sumber gambar diambil dari Wikipedia.

Continue Reading... Labels: , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors