RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Iklan 'Jadi putih, Kamu akan Menang' Dikritik Kerana Perkauman.

0 comments


Sekarang produk pencerahan dan kosmetik memang popular apatah lagi dengan kempen produk yang begitu berbeza dari pengasasnya. Namun ada cerita yan tidak sedap didengar dari negara Jiran.   
 
Obsesi dengan kulit cerah adalah perkara biasa kerana kita telah dimomokkan dengan pandangan bahawa menjadi cerah dan putih itu cantik. Mungkin ini telah berakar umbi dari apa yang dikatakan 'whitewash' semasa isu perkauman masih tegar di kalangan masyarakat barat dan Malaysia tidak ketinggalan dari terkena tempiasnya. Malah masih ramai yang yakin 'whitewash' masih berlaku. 

Iklan produk pencerahan kulit Thailand, Seoul Garden telah menerima kritikan hebat kerana dianggap sebagai perkauman dan merendah-rendahkan mereka yang berkulit gelap. Antara dialog dalam iklan tersebut adalah " Jadilah putih, kamu akan memang." dan "Keputihan kulit yang telah saya laburkan akan hilang begitu sahaja", memaksudkan jika dia (model) tidak menggunakan produk pencerahan tersebut, kulitnya akan kembali gelap. 

Bukan sahaja dialog, iklan tersebut juga menggambarkan model tersebut bertukar hitam sepenuhnya (gambar atas) dan ini dianggap sangat menghina golongan berkulit hitam. 

Walaupun Seoul Garden telah memohon maaf secara rasmi (gambar bawah) dan mengatakan mereka tidak berniat untuk bersifat perkauman atau diskriminasi terhadap golongan berkulit gelap atau hitam, mereka terus dikritik. 

Yukti Mukdawijitra, seorang professor bidang Sociology dan Anthropology di Thailand's Thammasat University, memberitahu CNN, iklan sebegini mengambarkan akan betapa perkauman telah lama berakar di Thailand. Beliau juga mengatakan ia berkait rapat dengan pengaruh barat. Masyarakat ingin menjadi seperti masyarakat antarabangsa jadi tidak mustahil idea kecantikan teramasuk 'putih itu cantik' akan mempengaruhi masyarakat Thailand dan negara Asia lain. 


Thailand bukan satu-satunya negara yang memunyai kontroversi bahawa putih itu melambangkan kecantikan. Sebelum ini pada tahun 2013, Nina Davuluri, seorang India Amerika telah memenangi pertandingan ratu cantik namun kemenangan beliau dipersoal kerana kekurangan kecerahan kulit atau tidak putih. Malah masyarakat India di India sendiri memepersoalkan kemenangan Nina. India juga mempunyai stigma 'putih itu cantik' dan ini dimarakkan dengan selebriti terkenal seperti Shah Rukh Khan menjadi model produk. Terdapat beberapa kempen untuk membuang stigma sebegini di India namun populariti produk pencerahan masih meningkat. 

Pandangan Nara Setia, nak jadi cerah boleh, tak salah tapi jangan la iklan melampau macam ni. 

Iklan tersebut dikongsi di laman LiveLeak dan boleh ditonton di bawah.



Sumber: CNN
Continue Reading... Labels: , , , , ,


Cuba Menggugurkan Bayi Guna Penyangkut Baju

0 comments

Dengan nama Allah...
Assalamualaikum.


Adalah sangat menyedihkan apabila terdapat makhluk yang tidak menghargai kehidupan. Kisah ini tidak berlaku di Malaysia namun Malaysia juga sering terpalit dengan berita kes buang bayi. Wanita ini bernama Anna Yocca, berusia 31 tahun telah ditahan dan didakwa atas dakwaan membunuh kerana cuba menggugurkan bayi yang dikandungnya menggunakan penyangkut baju. Bayi dalam kandungannya berusia 24 minggu ketika cubaan menggugurkan itu berlaku.


Menurut polis, Yocca telah mengisi tab mandi denga air sebelum menggunakan penyangkut baju untuk menggugurkan kandungannya. Disebabkan pendarahan yang banyak, Yocca bimbang akan keselamatan dirinya (celaka betul.. tahu pula nak takut) dan teman lelakinya membawa dia ke hospital. 

Walaupun doktor berjaya menyelamatkan bayi tersebut, kualiti hidup anak malang tersebut akan selamnya terjejas. Bayi itu memerlukan bantuan dan pemantauan perubatan sepanjang hidupnya. 

Kejadian ini berlaku di MURFREESBORO pada September 2015, dan Yocca didakwa pada Disember. 


 

Continue Reading... Labels: ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors