Mukaddimah ^^
Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216
Sekarang produk pencerahan dan kosmetik memang popular apatah lagi dengan kempen produk yang begitu berbeza dari pengasasnya. Namun ada cerita yan tidak sedap didengar dari negara Jiran.
Obsesi dengan kulit cerah adalah perkara biasa kerana kita telah dimomokkan dengan pandangan bahawa menjadi cerah dan putih itu cantik. Mungkin ini telah berakar umbi dari apa yang dikatakan 'whitewash' semasa isu perkauman masih tegar di kalangan masyarakat barat dan Malaysia tidak ketinggalan dari terkena tempiasnya. Malah masih ramai yang yakin 'whitewash' masih berlaku.
Iklan produk pencerahan kulit Thailand, Seoul Garden telah menerima kritikan hebat kerana dianggap sebagai perkauman dan merendah-rendahkan mereka yang berkulit gelap. Antara dialog dalam iklan tersebut adalah " Jadilah putih, kamu akan memang." dan "Keputihan kulit yang telah saya laburkan akan hilang begitu sahaja", memaksudkan jika dia (model) tidak menggunakan produk pencerahan tersebut, kulitnya akan kembali gelap.
Bukan sahaja dialog, iklan tersebut juga menggambarkan model tersebut bertukar hitam sepenuhnya (gambar atas) dan ini dianggap sangat menghina golongan berkulit hitam.
Walaupun Seoul Garden telah memohon maaf secara rasmi (gambar bawah) dan mengatakan mereka tidak berniat untuk bersifat perkauman atau diskriminasi terhadap golongan berkulit gelap atau hitam, mereka terus dikritik.
Yukti Mukdawijitra, seorang professor bidang Sociology dan Anthropology di Thailand's Thammasat University, memberitahu CNN, iklan sebegini mengambarkan akan betapa perkauman telah lama berakar di Thailand. Beliau juga mengatakan ia berkait rapat dengan pengaruh barat. Masyarakat ingin menjadi seperti masyarakat antarabangsa jadi tidak mustahil idea kecantikan teramasuk 'putih itu cantik' akan mempengaruhi masyarakat Thailand dan negara Asia lain.

Thailand bukan satu-satunya negara yang memunyai kontroversi bahawa putih itu melambangkan kecantikan. Sebelum ini pada tahun 2013, Nina Davuluri, seorang India Amerika telah memenangi pertandingan ratu cantik namun kemenangan beliau dipersoal kerana kekurangan kecerahan kulit atau tidak putih. Malah masyarakat India di India sendiri memepersoalkan kemenangan Nina. India juga mempunyai stigma 'putih itu cantik' dan ini dimarakkan dengan selebriti terkenal seperti Shah Rukh Khan menjadi model produk. Terdapat beberapa kempen untuk membuang stigma sebegini di India namun populariti produk pencerahan masih meningkat.
Pandangan Nara Setia, nak jadi cerah boleh, tak salah tapi jangan la iklan melampau macam ni.
Iklan tersebut dikongsi di laman LiveLeak dan boleh ditonton di bawah.
Continue Reading...
Labels:
Artis,
Berita,
General,
Global,
Hiburan,
Informasi
Dengan Nama Allah... Assalamualaikum..
Sehari tak update blog sebab busy dengan presentation Project and Plant Design. Hari nie pun tak berapa sihat. So update post bergambar je..
Kalau benda2 mcm nie jadi depan korang apa reaksi korang yer?? Tapi tengok gambar nie membuatkan aku ternganga sikit.. sikit je.. speechless kejab.. nak gelak mcm tak lawak.. entahlah..

Continue Reading...
Labels:
General,
Hiburan
Assalamualaikum
Sape ade laptop.. korang tau tak laptop nie memang la banyak kegunaan die.. selain portable senang nak bawak gi setarbak.. bayak lagi kegunaan laptop yang korang tak tau...
mase balik dari setarbak tu.. duk tengah tunggu bas, tren or kawan korang... laptop oleh dijadikan kerusi sementara.. so tak letih sangat...
bila bilk korang dah semak... nak bersihkan, bunalah laptop sebagai penyodok kalu korang takdek penyodok.. lagipun sampah tu datang dari mase korang layan movie dengan laptop tu gak kan...
laptop kalau diguna lame panas.. kalu ikut ilmu engineeering dan sains, haba tu adalah tenaga yang dibazirkan keluar.. so manfaatkanlah tenaga tu..
tuk laptop tebal dan keras gedegang tu.. hempuk la kat dinding yang ade lalat tu.. ia lebih berkesan tuk bunuh lalat dari ridsect...
nie lagi satu tuk laptop yang berat... gunakan sebagai perangkap tikus...
kalu tengah lapar sambil layan movie to.. guakan tuk nak pecahkan kacang keras..
yang nie kalu ngantuk buat penutup mata.. guna buku dah ketinggalan zaman... lagi satu yang aku tak letak sini laptop gak leh buat sbg cutterboard.. selamat beramal yer
-EOL-
Continue Reading...
Labels:
General,
Hiburan,
Lawak
Dengan Nama ALLAH
Assalamualaikum.
Bagi yang pernah baca blog saya termasuklah 'post' yang telah dihapuskan, mungkin tahu saya adalah peminat KPop walaupun tidaklah tegar. Sejujurnya saya tidaklah meminati KPop secara keseluruhanya. Tapi harus ditekankan yang Running Man bukanlah KPop tapi K-Variey. Sebab itu istilah Korean Wave atau Hallyu digunakan yang memberi maksud yang lebih umum.
Salah satu rancangan yang saya suka tonton adalah Running Man, sebuah rancangan hiburan keluarga (variety show) yang sempoi. Running Man kurang lawak plastik (kadang-kadang ada la) dan tidak terlalu bergantung pada populariti Korean Idol sebagaimana kebanyakan rancangan hiburan lain.

Bagi yang menonton Running Man nama Yoo Jae Suk bukanlah nama yang asing. Malah beliau adalah pengacara (di Korea digelar MC) yang paling popular. Dalam rancangan yang mempunyai lapan orang pengacara iaitu Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Song Jihyo, Haha (Ha Donghoon), Kang Gary, Lee Kwang Soo dan Song Jong Ki, insan yang merendah diri ini adalah tunjang utama dan Song Jihyo adalah satu-satunya pengacara wanita.
Yoo Jae Suk bukanlah mendapat nama dalam sekelip mata. Nama ini tidak menjadi popular dalam sekelip mata. Beliau bermula dari bawah sebagai pelawak yang ade turun naiknya.
Yoo Jae Suk memulakan kerjaya dalam bidang hiburan atau dunia komedi pada tahun 1991 dan semestinya beliau bukanlah penghibur yang popular. Selama sembilan tahun Yoo Jae Suk menghadapai tempoh sukar termasuk kegawatan ekonomi, namanya mula bersinar menjadi bintang dalam dunia hiburan.
Pada tahun 2000, Yoo Jae Suk diberi kepercayaan untuk mengacara rancanyan hiburann Live and Enjoy Together (Dong-guh-dong-lak) sekaligus meletakkan nama beliau sebagai pengacara yang berkebolehan. Sikap rendah diri dan bekerja keras untuk yang terbaik, beliau menjadi pengacara pilihan ramai pengarah program (PD) untuk dijemput mengacarakan rancangan arahan mereka. Bukan itu sahaja, ramai artis muda dan K-idol selesa menjadi tetamu dalam rancangan yang dikemudikan beliau.
Pernah mengacarakan banyak rancangan popular seperti X-man dan Family Outing, termasuklah Infiniti Challenge yang masih bersiaran sehingga ke hari ini, Yoo Jae Suk digelar sebagai Nation MC kerana berjaya membina nama besar dalam dunia rancangan hiburan. Family Outing adalah antara rancangan kegemaran saya dan salah satu rancangan paling popular di Korea.

Salah satu kejadian penting dalam kerjayanya adalah tindakanya menyaman sayrikat penyiaran utama Korea iaitu Seoul Brodcasting System (SBS), Korean Broadcasting System (KBS), dan Munhwa Broadcasting Company (MBC) kerana kelewatan mebayar pendapatan.
Namun ianya diselesaikan di luar mahkamah kerana syarikat penyiaran ini tahu mereka akan kerugian sekiranya Yoo JaeSuk enggan bekerja bersama mereka.
Yoo Jae Suk menikat tali perkahwinan bersama Na Gyoung-Eun seorang penyampai berita di MBC. Diceritakan, bibit percintaan mereka bermula semasa Yoo Jae Suk mengacarakan rancanya Infinity Challenge, salah satu rancagan hiburan paling popular dibawah syarikat MBC.

Beliau mengambil masa selama 16 tahun untuk menjadi pengacara yang dihormati seperti sekarang. Nama Yoo Jae Suk bukanlah nama yang asing bagi semua lapisan masyarakat di Korea. Ramai artis yang selesa bekerja bersama dengan beliau kerana sifat professional dan rendah diri artis besar ini. Malah ramai orang awam perasan Yoo Jae Suk banyak membantu orang di tempat awam tanpa perlu mendedahkan beliau adalah artis terkenal.
-EOL-
Continue Reading...
Labels:
Artis,
General,
Global,
Hiburan,
Informasi