RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Amazing World of Engineering

0 comments

Dengan Nama Allah.. Asslamualaikum

Salam kepada semua pembaca blog aku.. dah lama blog nie tak berbunyi.. Bile dah lama tak blogging akan ambil masa balik nak keep on track.. Bagi yang pernah usha blog aku mungkin tahu blog nie bermula sebagai blog personal, beralih kepada blog informasi bergambar dan perkongsian.. Tapi sekarang mungkin blog nie akan membawa kembali elemen personal yang pernah aku buat dulu.Tapi tu kemudian cerita. Yang pernah baca blog aku mesti tahu aku pelajar kejuruteraan. Secara tepet kejuruteraan kimia. Jadi jurutera atau tidak nanti itu semua ketentuan Allah. Ade orang bertanya dekat shout box hidup lagi ke blog nie.. Insha Allah masih hidup. 

{jurutera yang dimaksudkan dalam entry ini adalah merujuk komuniti yang terlibat dalam dunia kejuruteraan termasuklah jurutera, teknisyen, mekanik, dan maintenance crew dan lain2 yang terlibat}

Secara hakikat mungkin kerjaya jurutera tidak dilihat terlalu besar.. mungkin tidak sehingga kini.. Kalu dalam pementasan, prop akan disediakan dan disiapkan oleh pekerja belakang tabir.. Begitulah jurutera.. Jurutera ibarat berada di dalam alam mereka sendiri, berkhidmat untuk masyarakat tanpa masyarakat sedar.. Besar sangat ke sumbangan jurutera nie.. 

Doktor mungkin dianggap penyelamat manusia.. namun peralatan yang digunakan doktor dalam dewan bedah, di luar dewan bedah dan termasuklah di rumah mereka... tidak mampu wujud jika Allah tidak mewujudkan jurutera.. 



Guru dianggap sebagai penyampai ilmu yang penting.. tapi alatan tulis dan alatan bantuan mengajar itu dihasilkan jurutera.. 

 

Ibu sebagai suri rumah yang berkorban untuk anak2.. namun ibu bergantung kepada jurutera untuk memasak.. gas memasak tidak keluar dari tanah dan sampai ke rumah anda dengan mudah..



Tidaklah dengan memberi contoh sebegini bermakna kerjaya jurutera lebih penting dari kerjaya dan sumbangan individu lain.. tidak sesekali saya ingin menjadikan jurutera dianggap superior dalam kalangan manusia.. 


Cuma meminta sekelumit perhatian dari masyarakat untuk menyedari besarnya pengorbanan jurutera. Meninggalkan keluarga untuk ke offshore bagi memastikan kereta anda mampu bergerak, elektrik mampu dijana, dan ibu anda tidak terputus bekalan gas untuk memasak. Bekerja dalam keadaan yang merbahaya bagi memastikan kabel elektrik berada dalam keadaan yang baik supaya elektrik yang dijana mampu sampai ke rumah anda. berpanas hujan bagi memastikan jalan raya tersedia untuk digunakan.. 

Banyak lagi jika ingin disebut.. Mungkin tak semua jurutera itu baik.. namun yang baik itu mengatasi yang corrupt.. Kat sini , bersesuaian dengan tajuk entri aku, nak kongsi satu video penuh inspirasi pekerja yang bekerja sebagai inspector kabel bervoltan tinggi.. tengok dan hargailah anugerah bekalan elektrik yang sampai kat rumah korang.. 



kalu tak boleh tonton.. klik sini 

*Engineering share moments..
 - Satu rod didekatkan ke kabel atau ke helikopter setiap kali  helikopter mendekati dan menjauhi kabel. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya spark atau renjatan yang besar yang bleh menyebabkan kebakaran. apabila rod telah menyentuh kabel, satu wayar akan diletakkan bagi menghubungkan helikopter dan kabel untuk memastikan aliran elektrik tanpa percikan (spark) api.
-Selagi heli dan manusia jauh dari tanah, renjatan elektrik takkan berlaku dan tidak merbahaya sekiranya elektrik mengalir dengan baik ke seluruh badan manusia dan bahagian tertentu helikopter.. ini sama konsepnyer dengan burung yang hinggap atas kabel tanpa penebat dan burung itu tidak direnjat elektrik.. Namun jika burung tersebut hinggapterlalu hampir dengan tiang, renjatan boleh berlaku.








Continue Reading... Labels: , , ,


Situasi Cemas Kebocoran gas di TTI, Universiti Malaysia Pahang

1 comments


KUANTAN, 19 Sept. Satu kejadian kebocoran gas gred industri telah berlaku hari ini menyebabkan tindakan segera mengosongkan tiga bangunan utama Taman Teknologi Dan Inovasi (TTI) dilakukan dengan segera. Kebocoran yang disyaki berlaku di Makmal Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli menyebabkan beberapa orang pelajar dan kakitangan universiti mengalami sakit mata, pening dan muntah. Kesemua mangsa yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut Pegawai Bomba Dan Penyelamat HAZMAT Zon Timur, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 9.45 pagi sebaik sahaja kebocoran itu berlaku. Pihak bomba bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan mencari punca kebocoran gas.

 Susana tenang di TTI, UMP selepas masalah kebocoran berjaya diatasi

Manakala, Pegawai Pusat Kesihatan Pelajar yang dikejarkan ke tempat kejadian mengatakan tindakan pantas mengosongkan bangunan oleh pegawai bertugas menyebabkan pendedahan gas kepada mangsa adalah sedikit dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan serius. Namun pelajar yang terdedah dan mempunyai simptom berkaitan telah diberi pemantauan rapi  bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan yang lebih serius.

Situasi cemas seperti ini yang berlaku di Taman Teknologi dan Inovasi (TTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh ramai pelajar terutamanya pelajar baharu yang baru mendaftar di UMP. Siti Hajar, 22, pelajar tahun empat Kejuruteraan Kimia menceritakan pengalamanya berada didalam situasi cemas tersebut adalah pertama kali dalam hidupnya. Dia bersama rakan-rakan berada di dalam makmal kejuruteraan kimia semasa kebocoran berlaku bagi menunggu kelas yang akan bermula pada jam 10. Loceng kecemasan yang berbunyi menyebabkan situasi kelam kabut berlaku di dalam makmal sebelum dikawal olej pegawai-pegawai makmal yang mengarahkan makmal dikosongkan.

Taman Teknologi Industri UMP adalah antara  kompleks makmal kejututeraan terbesar di Pantai Timur Semenanjung yang menempatkan beberapa makmal utama. Sebahagian dari kompleks ini menerima pengiktirafan NIOSH kerana mematuhi piawaian keselamatan yang tinggi untuk keselamatan dan kesihatan pekerja. 
.


Dipetik dari Sinor Harikan
.
.
.
.
.

Namun kesemua situasi di atas hanyalah latihan kecemasan yang dilaksanakan di TTI UMP.... ;-)






best kene berdiri tengah panas...
Continue Reading... Labels: , ,


Engineer vs Doctor???

10 comments

Assalamualaikum.. Dengan nama Allah aku memulakan entry kali nie..

Sedang menatap wajah komputer di makmal komputer fakulsti Kejuruteraan Kimia dan sumber Asli Universiti Malaysia Pahang ni tiba-tiba teringin hendak post entri baru. Namun sel-sel neuron di kepala ini seperti kurang bekerja untuk memikirkan apa yang harus di tulis..

(ape kes aku nie tetiba ayat formal... hahahhaha)

 Kembali kepada ayat biasa.. heheh saje je sebenarnyer sebab bosan dah menghadap komputer nak buat simulation.. sebab bukan kita yang buat kerja.. komputer yang buat.. kita duduk menunggu je simulation siap.. mcm ayat skema dekat atas sebenarnya semenjak dua menjak nie memang busy dengan test, assignment, PSM dan final paper. Final test minggu depan dan aku masih di makmal komputer nak siapkan simulation. Allhamdulillah PSM dah selesai.. tunggu markah je la..




VS

Bila bukan balik Shahpura terjumpa di ruangan chat box ade yang bertanya mengenai Engineer Vs Doktor. Dari segi apa tu aku tak pasti. So post kali nie khas untuk yang bertanya tu.
Engineer bermaksud pengamal professional yang membangunkan atau mencipta atau menambahbaik teknologi atau sistem teknikal berdasarkan pengaplikasian ilmu sains, matematik, fizik dan yang berkaitan. 
Dalam bahasa mudah saintis buat research dan engineer aplikasikan untuk menzahirkan kajian saintis tu.. Namun zaman moden nie scientis engineer dah muncul di mana engineer mampu menjadi scientist dan jurutera.
Doktor pula adalah pengamal professional bagi ilmu perubatan. Maksud yang panjang aku tak sure lah pulak.Mungkin student medik boleh jawab. Namun persamaan yang ada doktor pun mengaplikasi ilmu sains perubatan. dan sebahagian doktor juga adalah scientist.

Aku adalah student kejuruteraan kimia, honestly aku rasa adalah tidak adil membandingkan engineer dan doktor. Pernah dengar tak ayat "manusia tak boleh hidup sorang, kena bermasyarakat". Macam tu lah jugak engineer dan doktor yang sentiasa bergantung antara satu sama lain.

Sebelum aku komen lebih meh aku gtau dalam komuniti engineer tu sendiri kami (cewah.. belum grad dah bajet engineer) bergantung antara satu sama lain.. Sebagai contoh jurutera kimia ingin membina loji pemprosesan kimia.. jurutera kimia akan rancang dan plan baik2 apa yang perlu ada dalam loji tu.Tapi tuk buat tangki tindak balas yang besar tu memerlukan ilmu kimpalan dan sudah semestinya ini adalah tugas jurutera mekanikal dan pembuatan. Untuk melengkapkan loji dengan pelbagai mesin juga tugas jurutera mekanikal. Untuk bekalan tenaga itu kerja jurutera elektrik dan elektronik. Untuk sistem kawalan proses adalah tugas jurutera komputer dan perisian. Untuk membina bangunan loji dengan segala bagai kelengkapan dan sistem keselamatan itu adalah tugas jurutera awam. Jadi semua bidang kejuruteraan itu sebenarnya berkait. Memang tak dinafikan ilmi sains kimia itu adalah teras kepada sains secara keseluruhan namun ilmu sampingan diperlukan untuk menzahirkan teknologi.

Rasanya dalam komuniti doktor pun mcm tu. Mereka bergantung antara satu sama lain.

 

Engineer VS Doktor?? mane lagi baik, siapa lebih dihormati?? mane lagi tinggi gaji?? 

Dengan Masyarakat?? Ada kenyataan doktor lebih baik kerana berkhidmat untuk masyarakat, tolong orang dsb. Namun hakikat dunia sekarang tak ramai doktor yang betul-betul tolong orang, mereka menganggap doktor adalah sama seperti bidang lain iaitu kerja. No payment no job. Nasib yang sama pada kerjaya guru.

 




Macam mana pulak dengan engineer. Meh aku tanya balik, engineer duk bina jambatan, bangunkan plant process minyak, plant process makanan, semua tu untuk siapa kalau bukan orang.. betul tak.. sudah pastinya jurutera juga berkhidmat untuk masyarakat cuma tak secara langsung. Engineer tidak menghadap masyarakat seperti doktor. Most engineer kerja untuk gaji, kalu takdek gaji camner nak hidup.. mcm doktor gak la kan... tapi ada engineer  yang ada komitment membantu masyarakat mcm yang cipta alat tuk OKU, cipta alat untuk kemudahan orang tua, alat pembersihan sungai dan dsb.


Gaji?? Kerjaya doktor adalah antara kerjaya yang paling tinggi permintaan di universiti sama ada di malaysia atau di negara luar. Biasiswa dan pinjaman mencurah-curah jatuh ke ladang gandum kata orang.. Bila sebut je nak sambung perubatan, mintak la biassiswa Insyaallah senang dapat berbanding engineering punye course.Bile disebut pasal gaji.. dalam hierarki sama je.. senior doktor (pakar/ or dah lama kerja) gajinga tinggi mcm tu gak ngan engineer, Engineer yang dah berstatus senior or berpangkat Ir bergaji tinggi. Fresh graduate adalah rendah gajinya. Takdek doktor yang fresh graduate masuk kerja hospital gaji dah sepuluh ribu, mcm engineer gak la... engineer mentah yang masuk company besar boleh dapat maksimum RM4000 dan akan naik mengikut prestasi. Tu kalu company besar la. Kalu doktor plak aku tak sure (student medik tolong jawab)  tapi tak dek la istilah masuk company besar sebab wajib kerja kerajaan dulu.

 
Belajar menjadi engineer selama enpat tahun, grad dan korang kerja dengan gaji yang sudah senang hati.. tunjukkan prestai baik Insyallah boleh naik pangkat cepat.. kalu pangkat tak naik pun gaji naik.. Bile dah dapa Ir tu lagi la tinggi.. boleh dapat dalam 10 000.. Ir boleh dapat dalam 3 tahun setelah berada dalam industri. Dan kalau korang adalah jurutera lama dekat kilang or  plant.. of course gaji lagi tinggi sebab korang mcm tokey.. korang lebih tahu apa yang ada dalam loji tu..

Doktor pulak (maaf kalu tersalah di sini) habis enam tahun belajar masih tak menjamin sangat kerjaya.. kalau kerja cume jadi doktor biasa je.. kene sambung lagi belajar tuk dapat status doktor pakar. lepas tu internship doktor nie lama.. lagi2 kalau doktor bedah. Walau dah bergelar pakar setelah 8 tahun belajar.. or maybe 10 tahun masih belum menjamin status yang tinggi. gaji tinggi la dari doktor biasa. Ia tentang reputasi.. hospital akan ambik kerja dan gaji dibayar berdasarkan reputasi dan kepercayaan pesakit sangat penting.
Lonely?? mungkin benar kenyataan ini. Kalau korang biasa tengok medical drama luar negara.. ade mengisahkan tentang persaingan antara doktor pakar even dalam hospital yang sama. Sebab tu lah tak banyak doktor yang ambik cuti. Pengalaman doktor adalah berdasarkan jumlah pesakit yang die pernah rawat.. Sorry to say, semakin bayak die buat pembedahan semakin pakar la doktor tu.. sebab tu la ade kata doktor nie "meat eater". dan dalam hakiki dunia ade doktor yang tak amanah, pesakit tak kene bedah tapi nak bedah sebab nak improve pengalama punyer pasal...

 

Itu klau melihat dari komen perbezaan, cuba kita cari persamaan dan kaitan plak.. Banyak alat canggih yang digunakan doktor dibangunkan oleh engineer, dan ramai engineer diperlukan untuk kelangsungan kilang alatan perubatan juga kilang ubat. Namun untuk engineer membangunkan alatan perubatan, pengalaman doktor diperlukan so diorang kene kerjasama. Takkan la engineer nak cipta mesin tapis darah tanpa tanya doktor dulu camner nak tapis darah, camner doktor nak gune alat tu.. kat mane nak gune.. Ramai sangat engineer yang bekerja menghasilkan barabgab perubatan.


Engineeer kalu sakit akan cari doktor gak kan.. hahah.. Ade doktor pulak yang involve dalam industri penghasilan barangan perubatan.. menjadi jurutera sendiri walaupun  xdek ijazah kejuruteraan.

Sebagai konklusi dari kita cari perbezaan lebih baik kita cari persamaan dan kaitan antara satu sama lain..
Kedua-dua kerjaya ini adalah untuk kemudahan dan kebaikan masyarakat maka ia adalah tugas yang mulia. Lebih ,mulia lagi sekiranya dilakukan KERANA ALLLAH.

"the world will not be harmonized if people keep trying to find the different and keep to hatred others for being different. harmonized is about enjoying similarities, strengthen relationship, and respect the differences." 


p/s mungkin akan ade berat sebelah mengenai pandangan saya kerana saya adalah student engineeering dan juga insan marhain yang mungkin membuat silap. Bukan niat saya untuk merendahkan mana pihak.. saya secara jujur sangat menghormati kerjaya doktor.. malah saya sendiri dahulu meminati kerjaya doktor dan sekarang sangat suka tengok drama medikal.









-EOL-


Continue Reading... Labels: , , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors