Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not. Al-Baqarah:216
Jepun memang terkenal dengan idea kreatif dalam menyelesaikan masalah tidak kurang juga idea yang pelik. Tapi apabila banyak nyawa haiwan yang bergerak perlahan ini melayang di atas landasan keretapi, syarikat West Japan Railway bersama Suma Aqualife Park bekerjasama menjadikan hidup penyu dan kura-kura lebih selamat. Saban tahun banyak kura-kura dan penyu tersangkut di landasan keretapi yang akan menyebabkan kelewatan perkhitmatan, kerosakan landasan dan keretapi itu sendiri. Masalah ini terjadi di landasan yang berhampiran dengan laut dimana terdapat pergerakan kekura dan penyu ke daratan.
Penyu dan kura-kura selalunya tersangkut apabila mereka cuba untuk menyeberang landasan keretapi namun terjatuh diantara dua besi landasan. Apabila terjatuh, kebarangkalian untuk mereka memanjat kembali adalah sangat tipis dan selalunya akan terus merangkak ke penghujung dua besi landasan tersebut. Kebanyakannya menerima nasib malang apabila mereka tersangkut di antara persimpangan landasan atau di antara suis landasan lalu mati apabila diapit oleh suis landasan atau digilis keretapi. Ini akan merosakkan sama ada landasan atau keretapi lalu memaksa perkhidmatan dihentikan sehingga ia diperbaiki semula.
Bagi membolehkan perjalanan manusia dan haiwan menjadi lebih selamat, terowong atau longkang kecil di bina di kawasan strategik bagi membolehkan penyu dan kekura melintas tanpa tersangkut di atas landasan atau digilis keretapi.
Terowong ini telah dipasang sejak April 2015 dan pemerhatian mendapati sekurang-kurangnya sepuluh ekor penyu atau kekura menggunakan terowong ini. Ini bermakna sepuluh nyawa telah terselamat. Kaedah ini mungkin akan diperluaskan ke seluruh Jepun dan mungkin negara-negara lain yang mempunyai masalah sama akan menggunakan kaedah ini.
Pernah tonton cerita Frozen? Bagi yang selalu tonton rancangan kartun atau animasi yang memaparkan salji, mesti tahu bagaimana kepingan salji digambarkan mempunyai bentuk seakan bunga yang menarik.
Sememangnya benar bentuk kristal air di dalam salji sememangnya menarik namun tidak semua akan berbentuk seperti bunga. Gambar dibawah adalah contoh kristal air di dalam salji. Ada pelbagai lagi bentuk bergantung kepada keadaan di mana salji itu turun. Disebabkan saiz molekul air agak besar dan saiz kristal ini juga agak besar, maka kanta pembesar boleh digunakan untuk melihat kristal ini tanpa perlu menggunakan mikroskop. Bagaimanapun sudah pasti mikroskop akan memberikan gambar yang lebih jelas.
Teringan kenangan saya menuntut pelajaran di England, pengalaman salji turun buat pertama kali memang sangat serono, tapi mula-mula je. Lepas tu dah tak tahan sejuk namun tak dinafikan memang sangat cantik. Gambar di bawah diambil pada malam hari pertama salji turun berdekatan rumah di Sheffield, England. Walaupun turun waktu malam, pembiasan cahaya oleh salji menyebabkan keadaan malam sangat cerah.
Video di bawah pula mengajar cara untuk mengawet salji atau kristal air. Video ini didalam bahasa Inggeris. Video ini dibuat oleh Bryan Rolfe di mana beliau mempelajari kaedah mengawet kepingan salji dari sumber-sumber internet.
Anda boleh lompat minit video ke 00:20 kerana video ini dimulakan dengan klip dari rancangan Big Bang Theory dan tidak sesuai untuk penonton bawah umur juga penonton yang ingin menjaga mata suci anda tapi bukan lucah, jangan risau.
Proses ini mungkin tidaklah sukar namun masalah utama bagi kita rakyat Malaysia adalah mendapatkan salji. Selamat mencuba... hihihi.
Kreativiti manusia memang susah hendak dijangka. Penahan pintu yang paling biasa digunakan adalah penahan getah berbentuk baji warna merah. Ianya cuma untuk memenuhi keperluan jadi tidak terfikir pun nak menggunakan sesuatu yang cantik atau unik untuk tujuan menahan pintu.
Di sini saya kongsikan 15 penahan pintu yang unik dan menarik.
Gambar dan produk datang dari pelbagai sumber dan dikongsikan oleh BoredPanda.
Sebahagian dari gambar ini pernah dikongsikan oleh Oh! Media di laman Facebook mereka.
1. Kaki Kucing
Comel je. Sesiapa yang ada memeihara kucing akan paham memang kucing suka main seluk-seluk kaki di bawah pintu.
2. Kasut Merah sebagaimana digambarkan dalam The Wizard of OZ
3. Daun Maple
Daun Maple adalah lambang rasmi bendera negara Kanada. Selalu dengar pasal sirap Maple tapi tak pernah rasa.
4. Jongkong Emas
Tak ke terkejut beruk kalau terjumpa jongkong emas betul dalam rumah. Tapi ini sudah semestinya hanya hiasan sahaja. Orang kaya pun belum tentu nak buat jongkong emas sebagai penahan pintu.
5. Duit
Ini memang terbaik. Memang nak mengenakan orang lain sama macam jongkong emas.
6. Kenny
Sejujurnya aku tak tahu Kenny nie sape tapi rasanya watak cerita kartun.
7. Zombi tersepit pecah perut
8. Sesungut sotong
9. Tiub cat warna
10. Tikus yang baik hati
Bagus tikus ni tolong tahankan pintu. Tapi kalau dibuat dengan saiz tikus sebenar n nampak lebih realistik sudah pastilah membuatkan ramai yang menjerit terkejut.
11. Kaki tersepit.
Nie lagi satu yang membolehkan para ibu terkejut kerana menyangka kaki anak kecil mereka yang tersepit.
12. Beruang yang baik hati
Kalau tadi tikus ni beruang pula yang baik hati nak membantu menahan pintu.
13. Ombak rindu
14. Anjing yang tidak beradab
Kurang ajah betul. Wahai anjing jadilah seperti tikus dan beruang yang baik hati.
15. Ais Krm yang tak bernasib baik. Ish ish ish.. kesian
Bagi yang biasa mengemas rumah mesti akan menghadapi satu keadaan di mana rumah telah dikemas tapi nampak masih serabut. Bila pandang sesuatu sudut di rumah pasti akan terlihat ada yang kurang atau tidak kena. Contohnya wayar yang berserabut, atau barang mainan anak-anak yang tetap nampak bersepah walaupun telah dikemas. Di sini saya kongsikan akan beberapa idea kreatif untuk menyorokkan 'eyesore' dalam rumah anda. Idea ini dikumpulkan dari pengguna internet dan dikongsikan oleh laman web Boredpanda.
1. Ruang laci di bawah tangga.
Idea ini bukanlah baru namun ia bukanlah perkara lazim yang dilakukan di Malaysia. Sesuai untuk menyimpan mainan anak-anak. Jika saiz yang lebih besar, boleh dijadikan tempat menyimpan bantal dan tilam untuk kegunaan keluarga atau tetamu.
Rekabentuk oleh Deriba Furniture
2. Menyorokkan 'router' internet yang berselirat wayarnya.
'Router' yang berselirat dengan wayar dosorokkan di dalam kotak kertas. Namun harus diingat ia mungkin akan mengurangkan isyarat wifi anda.
Gambar oleh sweetsanitydesign
3. Meyorokkan tempat makan haiwan peliharaan di dalam laci
Bagi anjing mungkin mudah dilatih tetapi kalau kucing mungkin agak kurang praktikal.
Gambar oleh FreshHome, rekabentuk perabut oleh Bailey Fresh Furniture
4. Menyusun wayar berselirat seperti rambut.
Gambar dari BuzzFeed 5. Rak buku terapung Ini memang kreatif.
Rekabentuk oleh Miron Lior 6. Menjadikan wayar headphone seperti menara elektrik. Cantik dan kreatif tapi sejujurnya akan makan ruang.
Gambar oleh Danial Ballou 7. Menyorok barang kemas di belakang lukisan
Gambar oleh diy-enthusiasts 8. Menjadikan 'router' seperti buku lama
Sekiranya tadi 'router' disorokkan dan akan berdepan dengan masalah ganguan isyarat wifi, cara ini lebih mudah dan mengelakkan masalah ganguan isyarat.
Gambar oleh apartment therapy 9. Menghiasi wayar sebagai ranting kayu. Cantik dan mudah.
10. Menyorokkan wayar di belakang model pagar piket
Direka oleh Karl Zahn
11. Tangga yang dilengkapi laci
Cara ini sedikit berbeza namun ianya adalah konsep yang sama dengan laci di bawah ruang tangga (idea no 1).
Gambar oleh Henarise 12. Menghiasi mesen basuh menggunakan pita pelekat.
Mesin basuh bukanlah 'eyesore' namun ianya kelihatan bosan. Pita pelekat akan membri sedikit warna kepada mesin basuh anda. Pita pelekat bergambar juga boleh digunakan.
Gambar oleh abeautifulmess 13. Menghiasi suis dengan pelekat pesanan penjimatan tenaga
Rekabentuk oleh H2u 14. Menggunakan kain menutup wayar berselirat di belakang meja
Gambar dari refinery29 15. Menyorokkan sambungan paip di halaman rumah dengan kubah batu buatan
Saya tidak pasti akan status keselamatan bagi kaedah ini namun ia memang memudahkan anda dan mengelakkan dari wayar disepak atau ditarik oleh anak kecil.
Post pertama di tahun 2013. kali nie aku nak share tentang kretiviti manusia dalam seni. Or mungkin juga kerjeorang yang takdek kerja asalnya..
Augusto Esquivel, insan yang sangat tekun dalam menjahit susunan butang bagi membentuk arca pelbagai bentuk antaranya termasuklah arca mangkuk tandas. Butang-butang ini tergantung dalam susunan yang sangat tepat bagi menbentuk arca-arca seperti piano dan bunga matahari. Sudah tentu hasil seni sebegini akan memakan masa yang lama dan kerja ukur yang rumit.
Kepada orang yang melihat arca ini di depan mata mereka sudah pasti mempunyai keinginan yang kuat untuk menyentuhnya untuk melihat ia berayun seperti langsir manik. Agusto berkata : "Saya sangat obses dalam membandingkan realiti dan potensi serta keseimbangan antaranya di dalam seni. Mungkin butang yang kecil tidak begitu penting selagi ia berada di dalam kotak jahitan nenek saya, namun betapa unik dan berharga butang tersebut apabila diterjemah di dalam hasil kerja seni.
Ini adalah blog peribadi. Kebanyakan maklumat yang dikongsikan adalah untuk tujuan tidak formal. Sebarang tulisan berbentuk peribadi adalah pandangan penulis melainkan dinyatakan sebaliknya. Pengendali Nara Setia tidak bertanggungjawab di atas ketepatan atau kelengkapan bahan atau iklan yang dipaparkan, dipautkan, dimuat turun dari, atau diakses dari blog ini. Pengendali Nara Setia berusaha untuk memastikan artikel yang dikongsikan dari sumber luar diberi kredit yang sewajarnya. Sekiranya anda merasakan anda berhak untuk dikreditkan keatas sebarang artikel di dalam blog ini atau mahu dipadamkan atas sebab-sebab tertentu, sila hubungi pengendali blog ini melalui komen terus di ruangan komen artikel tersebut atau melaui Facebook rasmi Nara Setia. Komen pengguna tidak menggambarkan pandangan penulis dan pengendali blog Nara Setia. Pengendali Nara Setia tidak bertanggungjawab di atas komen pembaca dan pengendali berhak untuk memadam mana-mana komen yang pada pandangan pengendali sebagai tidak bersesuaian.