Post pertama di tahun 2013. kali nie aku nak share tentang kretiviti manusia dalam seni. Or mungkin juga kerjeorang yang takdek kerja asalnya..
Augusto Esquivel, insan yang sangat tekun dalam menjahit susunan butang bagi membentuk arca pelbagai bentuk antaranya termasuklah arca mangkuk tandas. Butang-butang ini tergantung dalam susunan yang sangat tepat bagi menbentuk arca-arca seperti piano dan bunga matahari. Sudah tentu hasil seni sebegini akan memakan masa yang lama dan kerja ukur yang rumit.
Kepada orang yang melihat arca ini di depan mata mereka sudah pasti mempunyai keinginan yang kuat untuk menyentuhnya untuk melihat ia berayun seperti langsir manik. Agusto berkata : "Saya sangat obses dalam membandingkan realiti dan potensi serta keseimbangan antaranya di dalam seni. Mungkin butang yang kecil tidak begitu penting selagi ia berada di dalam kotak jahitan nenek saya, namun betapa unik dan berharga butang tersebut apabila diterjemah di dalam hasil kerja seni.
Sumber: Ediva.info
Post a Comment