Mukaddimah ^^
Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216
Dengan nama Allah...
Assalamualaikum.
Gambar oleh Google
Baru-baru ini Chrome telah mengumumkan fungsi terbaru di dalam pelayar mereka utuk pengguna Android dan iOS yang mampu menjimatkan penggunaan data. Perkhabaran ini sudah tentu menjadi berita gembira buat pengguna telefon pintar mudah alih di Malaysia.
Umum tahu akan perjuangan rakyat Malaysia untuk menjimatkan penggunaan data telefon bimbit mereka disebabkan bandwith yang terhad dan pakej yang mahal.
Fungsi terbaru ini boleh didapat dalam aplikasi terbaru atau kemaskini pelayar Chrome. Dengan mengaktifkan Data Saver, Chrome hanya akan memuat teks tanpa memuat gambar dari laman sesawang apabila kelajuan internet yang rendah dikesan. Penguna boleh memuat gambar yang dikehendaki sahaja dengan tap/klik pada gambar yang dirasakan perlu.
Chrome mendakwa fungsi ini akan membantu pengguna menjimatkan data sehingga 70%. Bagaimanapun buat masa ini hanya negara India dan Indonesia sahaja yang baru mendapat kemudahan ini. Ia akan mengambil masa untuk negara lain mula mendapat kemaskini bagi fungsi baharu ini.
Pengguna Android boleh mengaktifkan funsi ini (selepas update terbaru) melalui Setting (tetapan)> Data Saver> On
Continue Reading...
Labels:
Informasi,
Live Tricks,
Teknologi
Dengan nama Allah
Assalamualaikum
Kreativiti manusia memang susah hendak dijangka. Penahan pintu yang paling biasa digunakan adalah penahan getah berbentuk baji warna merah. Ianya cuma untuk memenuhi keperluan jadi tidak terfikir pun nak menggunakan sesuatu yang cantik atau unik untuk tujuan menahan pintu.
Di sini saya kongsikan 15 penahan pintu yang unik dan menarik.
Gambar dan produk datang dari pelbagai sumber dan dikongsikan oleh BoredPanda.
Sebahagian dari gambar ini pernah dikongsikan oleh Oh! Media di laman Facebook mereka.
1. Kaki Kucing
Comel je. Sesiapa yang ada memeihara kucing akan paham memang kucing suka main seluk-seluk kaki di bawah pintu.
2. Kasut Merah sebagaimana digambarkan dalam The Wizard of OZ
3. Daun Maple
Daun Maple adalah lambang rasmi bendera negara Kanada. Selalu dengar pasal sirap Maple tapi tak pernah rasa.
4. Jongkong Emas
Tak ke terkejut beruk kalau terjumpa jongkong emas betul dalam rumah. Tapi ini sudah semestinya hanya hiasan sahaja. Orang kaya pun belum tentu nak buat jongkong emas sebagai penahan pintu.
5. Duit
Ini memang terbaik. Memang nak mengenakan orang lain sama macam jongkong emas.
6. Kenny
Sejujurnya aku tak tahu Kenny nie sape tapi rasanya watak cerita kartun.
7. Zombi tersepit pecah perut
8. Sesungut sotong
9. Tiub cat warna
10. Tikus yang baik hati
Bagus tikus ni tolong tahankan pintu. Tapi kalau dibuat dengan saiz tikus sebenar n nampak lebih realistik sudah pastilah membuatkan ramai yang menjerit terkejut.
11. Kaki tersepit.
Nie lagi satu yang membolehkan para ibu terkejut kerana menyangka kaki anak kecil mereka yang tersepit.
12. Beruang yang baik hati
Kalau tadi tikus ni beruang pula yang baik hati nak membantu menahan pintu.
13. Ombak rindu
14. Anjing yang tidak beradab
Kurang ajah betul. Wahai anjing jadilah seperti tikus dan beruang yang baik hati.
15. Ais Krm yang tak bernasib baik.
Ish ish ish.. kesian
-EOL-
Continue Reading...
Labels:
General,
Kreatif,
Live Tricks
Dengan Nama Allah.
Assalamualaikum
Bagi yang biasa mengemas rumah mesti akan menghadapi satu keadaan di mana rumah telah dikemas tapi nampak masih serabut. Bila pandang sesuatu sudut di rumah pasti akan terlihat ada yang kurang atau tidak kena. Contohnya wayar yang berserabut, atau barang mainan anak-anak yang tetap nampak bersepah walaupun telah dikemas. Di sini saya kongsikan akan beberapa idea kreatif untuk menyorokkan 'eyesore' dalam rumah anda. Idea ini dikumpulkan dari pengguna internet dan dikongsikan oleh laman web Boredpanda.
1. Ruang laci di bawah tangga.
Idea ini bukanlah baru namun ia bukanlah perkara lazim yang dilakukan di Malaysia. Sesuai untuk menyimpan mainan anak-anak. Jika saiz yang lebih besar, boleh dijadikan tempat menyimpan bantal dan tilam untuk kegunaan keluarga atau tetamu.
Rekabentuk oleh Deriba Furniture
2. Menyorokkan 'router' internet yang berselirat wayarnya.
'Router' yang berselirat dengan wayar dosorokkan di dalam kotak kertas. Namun harus diingat ia mungkin akan mengurangkan isyarat wifi anda.
Gambar oleh sweetsanitydesign
3. Meyorokkan tempat makan haiwan peliharaan di dalam laci
Bagi anjing mungkin mudah dilatih tetapi kalau kucing mungkin agak kurang praktikal.
Gambar oleh FreshHome, rekabentuk perabut oleh Bailey Fresh Furniture
4. Menyusun wayar berselirat seperti rambut.
Gambar dari BuzzFeed
5. Rak buku terapung
Ini memang kreatif.
Rekabentuk oleh Miron Lior
6. Menjadikan wayar headphone seperti menara elektrik.
Cantik dan kreatif tapi sejujurnya akan makan ruang.
Gambar oleh Danial Ballou
7. Menyorok barang kemas di belakang lukisan
Gambar oleh diy-enthusiasts
8. Menjadikan 'router' seperti buku lama
Sekiranya tadi 'router' disorokkan dan akan berdepan dengan masalah ganguan isyarat wifi, cara ini lebih mudah dan mengelakkan masalah ganguan isyarat.
Gambar oleh apartment therapy
9. Menghiasi wayar sebagai ranting kayu.
Cantik dan mudah.
10. Menyorokkan wayar di belakang model pagar piket
Direka oleh Karl Zahn
11. Tangga yang dilengkapi laci
Cara ini sedikit berbeza namun ianya adalah konsep yang sama dengan laci di bawah ruang tangga (idea no 1).
Gambar oleh Henarise
12. Menghiasi mesen basuh menggunakan pita pelekat.
Mesin basuh bukanlah 'eyesore' namun ianya kelihatan bosan. Pita pelekat akan membri sedikit warna kepada mesin basuh anda. Pita pelekat bergambar juga boleh digunakan.
Gambar oleh abeautifulmess
13. Menghiasi suis dengan pelekat pesanan penjimatan tenaga
Rekabentuk oleh H2u
14. Menggunakan kain menutup wayar berselirat di belakang meja
Gambar dari refinery29
15. Menyorokkan sambungan paip di halaman rumah dengan kubah batu buatan
Gambar dari Plow & Heart
16. Stesen pengecasan dalam laci
Saya tidak pasti akan status keselamatan bagi kaedah ini namun ia memang memudahkan anda dan mengelakkan dari wayar disepak atau ditarik oleh anak kecil.
Gambar oleh LGB Interior
-EOL-
Continue Reading...
Labels:
General,
Kreatif,
Live Tricks
Assalamaualaikum... Dengan Nama Allah..
Yes..s etelah sekian lama aku update kembali blog aku.. final year student engineering nie memang perit sangat.. Semoga Allah sentiasa menabntu aku mengharungi segalanya.. by the way sekarang nie study week.. hehehe.. cuti la kejap walaupun hakikatnyer kerje tak siap lagi.. tapi tak pe.. nak share something ngan pembaca blog aku.. Cara nak tukat kulit oren jadi lilin..
Senang je sebenarnyer..
1) korang hanya perlukan oren, pisau dan minyak.. (minyak masak je)
2) Kerat oren dengan memastikan serat di tengah tersebut tidak putus.. nak buat camner tu korang ikir la sendiri... hehehe.. perhaps oren yang betul2 ranum lebih baik.. serat tu akan menjadi sumbu..
3) biarkan terlebih sikit dari paras kulit oren tu sendiri... pembakaran dalam 30 minit tuk sumbu yang separas separuh oren..
4) tuangkan minyak dan pastikan serat sumbu tu betul2 menyerap minyak.. korang boleh guna minyak masak biasa, minyak jagung or sebagainya.. kalau nak tambah essential oil pun takdek masalah rasenyer.. huhuhuhu..
5) cucuh api kat sumbu tu.. nak hidupkan api nie lambat skit la sebab minyak masak bukan mcm petrol..
korang boleh cuba tuk rumah korang.. ianya lebih selamat sebab minyak masak kalu telingkup tak berisiko nak sambar api.. cuma jangan letak la dekat bahan mudah terbakar mcm langsir dsb..
Source:
ediva.info
Continue Reading...
Labels:
General,
Informasi,
Kreatif,
Live Tricks