Assalamualaikum
Bagi yang biasa mengemas rumah mesti akan menghadapi satu keadaan di mana rumah telah dikemas tapi nampak masih serabut. Bila pandang sesuatu sudut di rumah pasti akan terlihat ada yang kurang atau tidak kena. Contohnya wayar yang berserabut, atau barang mainan anak-anak yang tetap nampak bersepah walaupun telah dikemas. Di sini saya kongsikan akan beberapa idea kreatif untuk menyorokkan 'eyesore' dalam rumah anda. Idea ini dikumpulkan dari pengguna internet dan dikongsikan oleh laman web Boredpanda.
1. Ruang laci di bawah tangga.
Idea ini bukanlah baru namun ia bukanlah perkara lazim yang dilakukan di Malaysia. Sesuai untuk menyimpan mainan anak-anak. Jika saiz yang lebih besar, boleh dijadikan tempat menyimpan bantal dan tilam untuk kegunaan keluarga atau tetamu.
Rekabentuk oleh Deriba Furniture
2. Menyorokkan 'router' internet yang berselirat wayarnya.
'Router' yang berselirat dengan wayar dosorokkan di dalam kotak kertas. Namun harus diingat ia mungkin akan mengurangkan isyarat wifi anda.
Gambar oleh sweetsanitydesign
3. Meyorokkan tempat makan haiwan peliharaan di dalam laci
Bagi anjing mungkin mudah dilatih tetapi kalau kucing mungkin agak kurang praktikal.
Gambar oleh FreshHome, rekabentuk perabut oleh Bailey Fresh Furniture
4. Menyusun wayar berselirat seperti rambut.
Gambar dari BuzzFeed
5. Rak buku terapung
Ini memang kreatif.
Rekabentuk oleh Miron Lior
6. Menjadikan wayar headphone seperti menara elektrik.
Cantik dan kreatif tapi sejujurnya akan makan ruang.
Gambar oleh Danial Ballou
7. Menyorok barang kemas di belakang lukisan
Gambar oleh diy-enthusiasts
8. Menjadikan 'router' seperti buku lama
Sekiranya tadi 'router' disorokkan dan akan berdepan dengan masalah ganguan isyarat wifi, cara ini lebih mudah dan mengelakkan masalah ganguan isyarat.
Gambar oleh apartment therapy
9. Menghiasi wayar sebagai ranting kayu.
Cantik dan mudah.
10. Menyorokkan wayar di belakang model pagar piket
Direka oleh Karl Zahn
11. Tangga yang dilengkapi laci
Cara ini sedikit berbeza namun ianya adalah konsep yang sama dengan laci di bawah ruang tangga (idea no 1).
Gambar oleh Henarise
12. Menghiasi mesen basuh menggunakan pita pelekat.
Mesin basuh bukanlah 'eyesore' namun ianya kelihatan bosan. Pita pelekat akan membri sedikit warna kepada mesin basuh anda. Pita pelekat bergambar juga boleh digunakan.
Gambar oleh abeautifulmess
13. Menghiasi suis dengan pelekat pesanan penjimatan tenaga
Rekabentuk oleh H2u
14. Menggunakan kain menutup wayar berselirat di belakang meja
Gambar dari refinery29
15. Menyorokkan sambungan paip di halaman rumah dengan kubah batu buatan
Gambar dari Plow & Heart
16. Stesen pengecasan dalam laci
Saya tidak pasti akan status keselamatan bagi kaedah ini namun ia memang memudahkan anda dan mengelakkan dari wayar disepak atau ditarik oleh anak kecil.
Gambar oleh LGB Interior
-EOL-
Post a Comment