Pesanan pelik tersebut menggambarkan mangsa berada di dalam keadaan yang sangat tertekan selepas dikatakan gagal menjawab kertas peperiksaan Termodinamik Kejuruteraan Kimia dengan baik. Teman sebilik mangsa yang enggan dikenali juga mula menyedari kehilangan mangsa dimaklumkan mangsa ingin pulang berhari raya sebaik selepas selesai menjawab kertas peperiksaan yang diambilnya pada hari tersebut.
"Saya cuba menghubunginya pada Hari Raya Aidil Adha yang lepas namun gagal. Saya mengesyakki sesuatu yang tidak kena dengan mangsa selepas pesanan pelik di laman sosial mangsa berlarutan sehingga Hari Raya Aidil Adha".
Ketua Polis Pahang menafikan ada menerima laporan mengenai kehilangan tersebut. Apabila rakan mangsa ditanya kenapa tidak membuat laporan, rakan mangsa memberitahu dia bukanlah waris sah yang layak untuk membuat laporan apatah lagi kehilangan mangsa tidak dapat dipastikan.
"Disebabkan kebimbangan itu saya ada melaporkan keepada pihak felo kolej kediaman dan perkara itu telahpun dipanjangkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (JHEPA) universiti tersebut. Pihak JHEPA memaklumkan mereka juga gagal menghubungi waris sah mangsa. "Kemungkinan maklumat waris mangsa telah bertukar dan tidak dimaklumkan kepada pihak universiti."-Dekan JHEPA universiti.
Mangsa kali terakhir dilihat oleh seorang saksi yang juga pelajar universiti yang sama di Kuantan Parade. Saksi memberitahu mangsa sedang makan di sebuah restoran di situ dan mengakui mangsa kelihatan tertekan.
Kisah kehilangan pelajar tersebut mula dihebahkan melalui laman web sosial 'Facebook' dan blog-blog milik pelajar universiti itu sejak mangsa disyakki hilang. Kebanyakan rakan mangsa menyedari keganjilan pesanan yang ditinggalkan mangsa mula berusaha menghubungi mangsa dan menghebahkan berita bagi mengesan keadaan mangsa. Rakan mangsa bimbang mangsa akan melakukan perkara yang buruk akibat dari tekanan yang dihadapinya.
Sumber- University Broadcast Society
.
.
.
.
.
.
.
-Cerita adalah rekaan semata-mata.... aku bosan giler sebab tu buat bende macamnie... jangan marah.. hahahha..(kenapa aku gelak)-
haha..hadi sengal..
aku engat betol da tadi..
tension ke hadi??..^^
November 21, 2010 at 11:02 AM
buang tebiat sekejap... hahahha
November 21, 2010 at 3:07 PM
Ingat en betul tadi, cis! Haha
November 21, 2010 at 4:41 PM
tertekan betol bila baca ending entry ni..haha
November 22, 2010 at 8:15 PM
Post a Comment