RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Kompleks Teruntum; The Lost City of Kuantan

10 comments

Assalamualaikum... Dengan NAMA ALLAH aku memulakan entry kali nie..







Bace tajuk entry mcm gempak.. tapi hakikat tak dek lah sangat. Bile sebut je Komplek Teruntum mesti ramai orang kuantan tahu, especially orang Kuantan sejati. Dan tak ramai orang tahu apa yang ade dalam Kompleks teruntum.

Berikan hadiah hari jadi kepada mereka

Kompleks Teruntum nie sebelah Kunatan Parade. Kuantan Parade korang tahu tak.. mcm tak je.. heheh.. biar lah aku senaraikan antara kompleks beli-belah yang ade dekat kauntan.. Kompleks Teruntum, Kuantan Parade, Megamall, East Cost Mall, Cowboy, Tunas Manja, Mydin, Kamdar.. ade lagi satu tu aku tak ingat la.. Dekat2 dengan Mydin gak.. So Kpmplek Teruntum  ie sebenarnya salah satu tempat shopping kat Kuantan. Ia tak sepopular ECM dan Megamall.. tapi ia ada nilai tersendiri. Kenapa aku kata LOST CITY. Sebab tempat nie tak ramai orang tahu. rang luar mungkin tahu ia sebagai pejabat agensi kerajaan je... Tingkat atas Kompleks Teruntum memang adalah pejabat agensi kerajaan. Bangunan nie milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang.

Sertai kami komuniti online untuk remaja.

Bile korang masuk bagi yang first timer tu memang mcm LOST CITY la... tak tau ape.. first time aku jjak kaki kat Kompleks Teruntum aku sedar barang kat situ lebih murah.. barang pertama ku beli adalah cerek air dan seterika.. heheheh.. mase matrikulasi nie.

 
 view sungai Kuantan dari kompleks teruntum

Apa ade kat Kompleks Teruntum nie.. handset.. aku beli handset dekat sini.. memang murah skit dari kedai lain dekat kuantan.. servis pun ok.. lelaki kalau pergi situ nak cari kasut dan sandal biasanya.. kain pun banyak tuk perempuan.. baju pun ade.. same je mcm kompleks lain cume tak besar.. n tak cantik mcm ECM.. Kompleks Teruntum nie adalah Kompleks beli belah pertama wujud di kuantan sejak 80-an lagi.. so rupe die memang la tak lawa.. harap kerajaan Pahang ade usaha nak naik taraf kemudahan dekat kompleks teruntum  nie.. cat baru pun ok gak.. 

Dia mengayuh demi negara..




 


 




 
Continue Reading... Labels: , , ,


Cheonggecheong Stream: Tangan manusia yang memusnah dan memulih tidak setanding TUHAN

0 comments

Dengan nama ALLAH...
Assalamualaikum...

Macam aku tulis dalam post aku sebelum nie, aku nie minat K-Pop. Tapi aku bukan nak tulis pasal K-pop atau
artis diorang.. dah banyak blog lain yang tulis pasal K-pop. Tapi aku nak kongsi citer menarik yang aku tau pasal satu sungai kecil di tengah bandar Seoul, Korea Selatan. 

Aku tau pasal sungai nie mase tengah buat research nak apply Around The World In One Day kat UMP. Walaupun proposal ditolak tapi aku dapat tau banyak maklumat pasal sungai nie yang boleh dijadikan iktibar... aku nie pelajar kejuruteraan.. so ape yang berkaitan dengan alam sekitar nie aku kene peka.. kalau tak aku akan tergolong dalam golongan jurutera pemusnah(membangunkan seseuatu untuk manfaat manusia tapi pada masa yang sama memusnahkan melalui kesan sampingan pembangunan tersebut)

[Cantik kan sungai nie.. kat tengah bandar Seoul, Korea... tapi ade kisah pahit disebalik sungai nie...]

Cheonggecheong Steam adalah sebuah anak sungai yang pada asalnya mengalir dari tiga buah gunung dan mengalir merentasi bandar Seoul dan berakhir di Sungai Han. Tapi semasa dalam proses pemodenan, sungai nie mengalami pencemaran yang teruk. Disebabkan Korea adalah negara empat musim.. pada musim panas sungai nie kering... nie memburukkan lagi keadaan apabila sisa kumbahan dialirkan ke dalah sungai yang kering nie... 

[penempatan setinggan dekat sungai nie mase zaman dulu... tengok pun tau mane kumbahan domestik dicampak]

Dipendekkan cerita, semasa penjajahan Jepun, sungai nie dah dikira mati.  Sebelum penjajahan Jepun ade usaha memulihkan sungai nie namun terhenti semasa Penjajahan Jepun. Malah disebabkan kekurangan dana, sebahagian sungai dikambus untuk pembinaan jalan. Semasa Perang Korea lebih ramai yang berpindah ke Seoul dan membina penempatan setinggan di tebing-tebing sungai yang memburukkan lagi keadaan. 

 Malah pada zaman Presiden Park Chung-hee  sebuah Lebuh raya bertingkat telah dibina di speanjang sungai ini. Bayangkan pasak-pasak lebuhraya tu tercacak betul dalam sungai... 

Namun pada 2003 usaha memulihkan semula sungai ini dilancarkan. Lebuhraya bertingkat dibuang, banyak penempatan dipindahkan. Hampir lima tahun mereka berjaya memulihkan sungai nie tapi bukan sepenuhnya. Hanya sebahagian sahaja dapat dupilihkan kerana banyak bahagian telah terkambus dan aliran dari gunung juga telah hilang.


[sebahagian tiang lebuhraya yang sengaja dibiar sebagai pengajaran kepada anak cucu cicit manusia akan datang]
Sungai dipulihkan ini tidak mempunyai sumber air semulajadi kerana tiada lagi aliran dari gunung... so korea membelanjakan jumlah yang besar untuk mengepam air dari Sungai Han dan sumber berdekatan seperti air bawah tanah sebanyak 120 000 tan setahun dan ia meningkat setiap tahun, malah syarikat kumbahan juga mengepam air terawat ke sungai ini.... Manfaat dari pemulihan ini pemandangan Seoul yang dahulunya hanya hutan konkrit kini telah diserikan dengan latar hijau sepanjang sungai yang dipulihkan nie... suhu purata di kawasan persekitaran juga menurun.. Kawasan nie jugak sangat popular sebagai kawasan pelancongan...


NAMUN KORANG TAU TAK BERAPA BANYAK HARGA YANG PERLU DIBAYAR TUK SEMUA NIE.... WALAUPUN PEMULIHAN TIDAK SEMPURNA SEMUANYA... 281 JUTA DOLAR AS DIBELANJAKAN UNTUK PEMULIHAN SAHAJA... NAMUN KOS KESELURUHAN TERMASUK PEMBANGUNAN SEMULA PENEMPATAN MENCECAH 900 JUTA DOLAR AS...

SANGGUP KE KITA MENGIZINKAN KERAJAAN MENGGUNAKAN DUIT CUKAI SEBANYAK TU NAK PULIHKAN KAWASAN TERCEMAR...  TAK TERLAMBAT LAGI KITA NAK PULIHKAN SUNGAI KLANG DAN SUNGAI LAIN KAT KL TU... SUNGAI TU MASIH SEMULAJADI...

kat MAlaysia pemulihan sungai yang dikira berjaya adalah sungai Melaka.. namun sungai Melaka tu tak bersih pun lagi... tak cukup cantik... namun bravo.. buat kerajaan Melaka... usaha yang baik...

nie lagi ganbar..







Continue Reading... Labels: , ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors