RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Situasi Cemas Kebocoran gas di TTI, Universiti Malaysia Pahang

1 comments


KUANTAN, 19 Sept. Satu kejadian kebocoran gas gred industri telah berlaku hari ini menyebabkan tindakan segera mengosongkan tiga bangunan utama Taman Teknologi Dan Inovasi (TTI) dilakukan dengan segera. Kebocoran yang disyaki berlaku di Makmal Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli menyebabkan beberapa orang pelajar dan kakitangan universiti mengalami sakit mata, pening dan muntah. Kesemua mangsa yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut Pegawai Bomba Dan Penyelamat HAZMAT Zon Timur, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 9.45 pagi sebaik sahaja kebocoran itu berlaku. Pihak bomba bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan mencari punca kebocoran gas.

 Susana tenang di TTI, UMP selepas masalah kebocoran berjaya diatasi

Manakala, Pegawai Pusat Kesihatan Pelajar yang dikejarkan ke tempat kejadian mengatakan tindakan pantas mengosongkan bangunan oleh pegawai bertugas menyebabkan pendedahan gas kepada mangsa adalah sedikit dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan serius. Namun pelajar yang terdedah dan mempunyai simptom berkaitan telah diberi pemantauan rapi  bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan yang lebih serius.

Situasi cemas seperti ini yang berlaku di Taman Teknologi dan Inovasi (TTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh ramai pelajar terutamanya pelajar baharu yang baru mendaftar di UMP. Siti Hajar, 22, pelajar tahun empat Kejuruteraan Kimia menceritakan pengalamanya berada didalam situasi cemas tersebut adalah pertama kali dalam hidupnya. Dia bersama rakan-rakan berada di dalam makmal kejuruteraan kimia semasa kebocoran berlaku bagi menunggu kelas yang akan bermula pada jam 10. Loceng kecemasan yang berbunyi menyebabkan situasi kelam kabut berlaku di dalam makmal sebelum dikawal olej pegawai-pegawai makmal yang mengarahkan makmal dikosongkan.

Taman Teknologi Industri UMP adalah antara  kompleks makmal kejututeraan terbesar di Pantai Timur Semenanjung yang menempatkan beberapa makmal utama. Sebahagian dari kompleks ini menerima pengiktirafan NIOSH kerana mematuhi piawaian keselamatan yang tinggi untuk keselamatan dan kesihatan pekerja. 
.


Dipetik dari Sinor Harikan
.
.
.
.
.

Namun kesemua situasi di atas hanyalah latihan kecemasan yang dilaksanakan di TTI UMP.... ;-)






best kene berdiri tengah panas...
Continue Reading... Labels: , ,


Kompleks Teruntum; The Lost City of Kuantan

10 comments

Assalamualaikum... Dengan NAMA ALLAH aku memulakan entry kali nie..







Bace tajuk entry mcm gempak.. tapi hakikat tak dek lah sangat. Bile sebut je Komplek Teruntum mesti ramai orang kuantan tahu, especially orang Kuantan sejati. Dan tak ramai orang tahu apa yang ade dalam Kompleks teruntum.

Berikan hadiah hari jadi kepada mereka

Kompleks Teruntum nie sebelah Kunatan Parade. Kuantan Parade korang tahu tak.. mcm tak je.. heheh.. biar lah aku senaraikan antara kompleks beli-belah yang ade dekat kauntan.. Kompleks Teruntum, Kuantan Parade, Megamall, East Cost Mall, Cowboy, Tunas Manja, Mydin, Kamdar.. ade lagi satu tu aku tak ingat la.. Dekat2 dengan Mydin gak.. So Kpmplek Teruntum  ie sebenarnya salah satu tempat shopping kat Kuantan. Ia tak sepopular ECM dan Megamall.. tapi ia ada nilai tersendiri. Kenapa aku kata LOST CITY. Sebab tempat nie tak ramai orang tahu. rang luar mungkin tahu ia sebagai pejabat agensi kerajaan je... Tingkat atas Kompleks Teruntum memang adalah pejabat agensi kerajaan. Bangunan nie milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang.

Sertai kami komuniti online untuk remaja.

Bile korang masuk bagi yang first timer tu memang mcm LOST CITY la... tak tau ape.. first time aku jjak kaki kat Kompleks Teruntum aku sedar barang kat situ lebih murah.. barang pertama ku beli adalah cerek air dan seterika.. heheheh.. mase matrikulasi nie.

 
 view sungai Kuantan dari kompleks teruntum

Apa ade kat Kompleks Teruntum nie.. handset.. aku beli handset dekat sini.. memang murah skit dari kedai lain dekat kuantan.. servis pun ok.. lelaki kalau pergi situ nak cari kasut dan sandal biasanya.. kain pun banyak tuk perempuan.. baju pun ade.. same je mcm kompleks lain cume tak besar.. n tak cantik mcm ECM.. Kompleks Teruntum nie adalah Kompleks beli belah pertama wujud di kuantan sejak 80-an lagi.. so rupe die memang la tak lawa.. harap kerajaan Pahang ade usaha nak naik taraf kemudahan dekat kompleks teruntum  nie.. cat baru pun ok gak.. 

Dia mengayuh demi negara..




 


 




 
Continue Reading... Labels: , , ,


Kongsi.. Sambal Hitam Pahang...

1 comments

Dengan nama ALLAH
Assalamualaikum...

Sekarang nie aku cuba nak update blog sebanyak yang mungkin... paling kurang dua hari
sekali.. tapi aku try yang terbaik untuk update
sekali sehari.. so kali nie aku nak cakap pasal sambal hitam Pahang.... 
Kes nyer aku nak post entry pasal sambal nie sebab terbaca entry blog kawan aku kat Pinggu Kecik pasal die rindu masakan orang Pahang.. hehehhe...
So sebab aku nie orang Pahang tegar.. so aku kongsi lah skit ape yang aku tahu,....
tak lah expert tapi aku tau la ape mak aku buat kat dapur tu... 
Tapi aku hairan kenapa nama Pahang diletakkan.. sebenarnyer sambal nie memang asal dari Pahang (kalu ade negeri lain sorry yek...)
Mungkin nak kasi genuine skit resepi nie... Rupe sambal nie tak lah lawa... cuma selawa namanyer.... hitam legam... first timer mesti teragak-agak nak cube.. rasenye masam pedas... 

Nak buat sambal nie first kene ade asam belimbing rebus.. kalau mak aku buat biasenyer bundle terus.. 
satu kuali besar.. rebus belimbing dengan garam.. 


kalau satu kuali besar (standard kuali kat rumah.. bukan kancah or kawah tau...) dalam satu senduk setengah garam kasar.. agak2 la kemasinan yang dikehendaki.. kalu kurang nanti asam tu tak tahan lama.. kalu banyak sangat garam hilang rasa masam tu... kalu rase tak kaw tambah garam lagi...rebus dalam lapan jam.. sampai jadi mcm kat bawah nie...


haa.. mase tangah rebus tu boleh ambik air asam buat pencicah.. mase belimbing tu warne coklat dan lembik.. kacau skit.. bijik die akan terkeluar.. pastu ambik stok air asam tu.. buat cicah ikan bakar besenyer... sangat sedap...hehehh.. terliur plak...

dah ade belimbing hitam leh lah buat sambal... senag je.. bahan die
-belimbing hitam
-cili padi
-bawang merah
-ikan bilis..

kupas dan bersihkan ikan bilis.. tumbuk lada (cili padi) sampai lumat.. asingkan.. pastu tumbuk ikan bilis sampai pecah.. jangan sampai lumat.. campurkan asam belimbing hitam dalam lesung tu... gaul sebati...
tumis bawang dan lada.. agak naik bau masukkan ikan bilis yang dan diadun ngan belimbing tadi... masak sampai garing... (atau ikut selera). Sebab warna sambal nie hitam susah nak bezakan garing atau hangit.. kalau ikan bilis tu agak dah keras tu dah masak la tu....

tambah la perase kalu nak... aji no moto je... jangan dok campak Maggi secukup rase plak..
pastu kalu rase tak cukup masin tambah la garam... besenyer masin je sebab belimbing hitam tu ade banyak garam... ikan bilis pun kadang2 masin...

Selamat Mencuba....







Continue Reading... Labels: ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors