Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not. Al-Baqarah:216
Baru-baru ini Chrome telah mengumumkan fungsi terbaru di dalam pelayar mereka utuk pengguna Android dan iOS yang mampu menjimatkan penggunaan data. Perkhabaran ini sudah tentu menjadi berita gembira buat pengguna telefon pintar mudah alih di Malaysia.
Umum tahu akan perjuangan rakyat Malaysia untuk menjimatkan penggunaan data telefon bimbit mereka disebabkan bandwith yang terhad dan pakej yang mahal.
Fungsi terbaru ini boleh didapat dalam aplikasi terbaru atau kemaskinipelayar Chrome. Dengan mengaktifkan Data Saver, Chrome hanya akan memuat teks tanpa memuat gambar dari laman sesawang apabila kelajuan internet yang rendah dikesan. Penguna boleh memuat gambar yang dikehendaki sahaja dengan tap/klik pada gambar yang dirasakan perlu.
Chrome mendakwa fungsi ini akan membantu pengguna menjimatkan data sehingga 70%. Bagaimanapun buat masa ini hanya negara India dan Indonesia sahaja yang baru mendapat kemudahan ini. Ia akan mengambil masa untuk negara lain mula mendapat kemaskini bagi fungsi baharu ini.
Pengguna Android boleh mengaktifkan funsi ini (selepas update terbaru) melalui Setting (tetapan)> Data Saver> On
Dengan nama Allah.. Salam sayang aku dari Sheffield buat pembaca sekalian.
Untuk post aku kali ni, aku nak berkongsi ilmu apa yang aku belajar dalam bidang Environmental & Energy Engineering. Apabila menyebut tentang tenaga suria, ramai yang membayangkan tentang panel suria yang akan menjana elektrik pada waktu siang dari cahaya matahari. Tapi tahukan anda wahai pembaca sekalian terdapat dua jenis tenaga suria iaitu photovoltaic dan termal.
Panel suria yang menjana elektrik secara langsung adalah jenis photovoltaic. Dikategorikan sebagai tenaga diperbaharui dan hijau kerana tidak melibatkan pelepasan karbon semasa penjanaan. Tapi penghasilan panel suria (solar panel) akan menggunakan bahan yang mungkin merbahaya kepada alam sekitar. Selain tu, panel suria hanya berkecekapan bawah 40% dan kos penghasilan dan pemasangan panel suria masih tingi.
Panel suria menjana elektrik secara terus untuk menggerakkan kereta
Jenis tenaga suria kedua adalah termal, penggunaan haba yang dihantar ke bumi melalui radiasi. Tenaga thermal suria ni sangat banyak dan sudah tentu percuma namun untuk menuai tenaga ini, kaedah berkesan masih dalam kajian. Walau bagaimanapun, telah ada yang dikomersialkan. Contoh paling mudah dalam menuai tenaga termal suria adalah menjemur pakaian atau menjemur ikan kering. Contoh lebih kompleks adalah pemanas air suria yang diletakkan di atas bumbung tetapi di Malaysia, ianya jarang dapat dilihat kerana kita kurang mandi dengan air panas. Tapi untuk proses penjanaan tenaga sekunder yang boleh dialirkan iaitu elektrik, kaedah dan teknologi yang lebih kompleks diperlukan.
Ada banyak kaedah untuk menuai tenaga termal solar antaranya menara solar, pemantul parabolik selari, pemantul parabolik enjen Stirling, dan beberapa contoh lain.
Loji penjanaan elektrik dari tenaga termal solar mengunakan kaedah pemantul parabolik selari.
Menara solar
KAedah diatas memanfaatkan haba untuk menghasilkan stim yang akan menggerakan turbin bagi menjana elektrik.
Tapi yang aku nak kongsikan adalah kincir suria. Pernah dengar kincir angin? Janaan elektrik dari angin. Kincir solar juga menggunakan angin namun tenaga thermal suria digunakan bagi menjana pergerakan angin.
Udara yang panas berketumpatan rendah, akan bergerak ke atas. Apabila udara panas atau suam bergerak ke atas maka akan berlakulah pergerakan angin. Jika suatu kawasan atau infrastruktur dibina, kita akan dapat menggunakan tenaga suria untuk memanaskan udara dan menjana pergerakan angin seperti di dalam gambar di bawah.
Perangkap atau collector dibina dari bahan telus cahaya dan murah seperti lapisan plastik. Lapisan ini akan membenarkan radiasi dari matahari namun akan memerangkap haba. Haba ini akan memanaskan udara di dalam peangkap ini dan udara panas akan mencari ruang untuk bergerak ke atas. Dengan rekabentuk yang berkesan seperti dalam gambar di atas, angin akan bertiup ke arah menara kincir atau cerobong dan memutar bilah kincir sekaligus menjana tenaga.
'
Kaedah ini masih dalam kajian dan pembangunan dan keberkesanan masih sedang ditingkatkan. Apa yang menarik adalah, kincir angin suria masih MAMPU BERPUTAR PADA WAKTU MALAM!!!!!
Ini kerana haba yang terperangkap juga memanaskan lapisan tanah dan tanpa kehadiran cahaya matahari, haba dari tanah akan terus memanaskan udara dan pergerakan angin akan terus berlaku. Kolam termal suria boleh dibina di bawah perangkap ahab bagi menyimpan lebih banyak haba kerana air mampu menyimpan haba lebih banyak dari tanah.
Video dibawah (Bahasa Inggeris) akan memberi gambaran lebih jelas.
Pembinaan menara kincir solar mungkin tidak secantik kincir angin dari segi reka bentuk namun ianya lebih mesra hidupan liar seperti burung.
EnviroMission mencadangkan satu menara kincir solar gergasi dinina dengan rekabentuk yang cantik dan dilengkapi ruang tinjau di puncak menara. Saya sertakan gambaran itu di dalam video di bawah. Mungkin cadangan ini terlalu bercita-cita tingin namun denagn pembanguna teknologi pembinaan, ianya hanya terhad kepada imaginasi minda manusia.
Sama ada Malaysia akan membina penjanaan tenaga dierbaharui masih menjadi tanda tanya kerana jika ini berlaku negara kita tidak akan mampu menjana keuntungan dari petroleum. So fikir-fikirkan lah.
Assalamualaikum..
Manusia memang tak lari dari nak meningkatkan taraf dan gaya hidup ke arah yang lebih baik tak kurang juga yang memusnahkan ke arah kehancuran.. sebabtulah banyak ciptaan2 yang menarik dihasilkan manusia dari keringat akal kurniaan Allah nie.. tengok la teknologi harini.. tablet, smartphone, keretapi laju.. mcm2 lagi lah.. tapi kat sini aku nak kongsi 27 ciptaan yang pelik dalam sejarah manusia..
Salam kepada semua pembaca blog aku.. dah lama blog nie tak berbunyi.. Bile dah lama tak blogging akan ambil masa balik nak keep on track.. Bagi yang pernah usha blog aku mungkin tahu blog nie bermula sebagai blog personal, beralih kepada blog informasi bergambar dan perkongsian.. Tapi sekarang mungkin blog nie akan membawa kembali elemen personal yang pernah aku buat dulu.Tapi tu kemudian cerita. Yang pernah baca blog aku mesti tahu aku pelajar kejuruteraan. Secara tepet kejuruteraan kimia. Jadi jurutera atau tidak nanti itu semua ketentuan Allah. Ade orang bertanya dekat shout box hidup lagi ke blog nie.. Insha Allah masih hidup.
{jurutera yang dimaksudkan dalam entry ini adalah merujuk komuniti yang terlibat dalam dunia kejuruteraan termasuklah jurutera, teknisyen, mekanik, dan maintenance crew dan lain2 yang terlibat}
Secara hakikat mungkin kerjaya jurutera tidak dilihat terlalu besar.. mungkin tidak sehingga kini.. Kalu dalam pementasan, prop akan disediakan dan disiapkan oleh pekerja belakang tabir.. Begitulah jurutera.. Jurutera ibarat berada di dalam alam mereka sendiri, berkhidmat untuk masyarakat tanpa masyarakat sedar.. Besar sangat ke sumbangan jurutera nie..
Doktor mungkin dianggap penyelamat manusia.. namun peralatan yang digunakan doktor dalam dewan bedah, di luar dewan bedah dan termasuklah di rumah mereka... tidak mampu wujud jika Allah tidak mewujudkan jurutera..
Guru dianggap sebagai penyampai ilmu yang penting.. tapi alatan tulis dan alatan bantuan mengajar itu dihasilkan jurutera..
Ibu sebagai suri rumah yang berkorban untuk anak2.. namun ibu bergantung kepada jurutera untuk memasak.. gas memasak tidak keluar dari tanah dan sampai ke rumah anda dengan mudah..
Tidaklah dengan memberi contoh sebegini bermakna kerjaya jurutera lebih penting dari kerjaya dan sumbangan individu lain.. tidak sesekali saya ingin menjadikan jurutera dianggap superior dalam kalangan manusia..
Cuma meminta sekelumit perhatian dari masyarakat untuk menyedari besarnya pengorbanan jurutera. Meninggalkan keluarga untuk ke offshore bagi memastikan kereta anda mampu bergerak, elektrik mampu dijana, dan ibu anda tidak terputus bekalan gas untuk memasak. Bekerja dalam keadaan yang merbahaya bagi memastikan kabel elektrik berada dalam keadaan yang baik supaya elektrik yang dijana mampu sampai ke rumah anda. berpanas hujan bagi memastikan jalan raya tersedia untuk digunakan..
Banyak lagi jika ingin disebut.. Mungkin tak semua jurutera itu baik.. namun yang baik itu mengatasi yang corrupt.. Kat sini , bersesuaian dengan tajuk entri aku, nak kongsi satu video penuh inspirasi pekerja yang bekerja sebagai inspector kabel bervoltan tinggi.. tengok dan hargailah anugerah bekalan elektrik yang sampai kat rumah korang..
*Engineering share moments..
- Satu rod didekatkan ke kabel atau ke helikopter setiap kali helikopter mendekati dan menjauhi kabel. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya spark atau renjatan yang besar yang bleh menyebabkan kebakaran. apabila rod telah menyentuh kabel, satu wayar akan diletakkan bagi menghubungkan helikopter dan kabel untuk memastikan aliran elektrik tanpa percikan (spark) api.
-Selagi heli dan manusia jauh dari tanah, renjatan elektrik takkan berlaku dan tidak merbahaya sekiranya elektrik mengalir dengan baik ke seluruh badan manusia dan bahagian tertentu helikopter.. ini sama konsepnyer dengan burung yang hinggap atas kabel tanpa penebat dan burung itu tidak direnjat elektrik.. Namun jika burung tersebut hinggapterlalu hampir dengan tiang, renjatan boleh berlaku.
Post kedua masa study week.. macam biasa setiap sem aku sangat rajin update blog masa study week.
Seperti tajuk, Another Story About Korea. Kalau korang pernah baca post aku sebelum nie pasal pemulihan anak sungai Cheonggeycheong yang dilaksanakan di bandar Seoul, mesti korang tahu serba sedikit pasal betapa Korea ni komited dalam melindungi alam sekitar dan menjadikan negara diorang cantik... Dan lagi satu korang akan perasan kesamaan dalam entry kali nie.Cheonggeycheong Stream di korea adalah sungai semula jadi namun kini ia ibarat sungai buatan manusia kerana sebahagian besar airnya dipam dari sungai berdekatan dan sebahagian yang lain adalah air kumbahan terawat dari penduduk bandar Seoul sendiri.
Jangan kata euwww la.. Air kumbahan terawat adalah sangat bersih sebenarnyer.. kita cuma prejudis akan kebersihan air tersebut.. Kenapa diorang buat camtu?? Sebenarnya diorang nak membenarkan pencairan air terawat tadi dengan air semulajadi, maka timbullah idea nak campurkan air terawat tersebut dengan air sungai Cheonggeycheong, maka banyaklah fountain air terawat tersebut yang dilepaskan di titik2 tertentu sepanjang sungai tersebut..
Air terjun kumbahan??? apa maknanya??
YA.. perkara yang sama, tujuan yang sama, nak mencairkan air terawat tadi dengan air sungai, maka mereka membina sebuah air terjun buatan di Namyangju. Sumber air terjun tersebut adalah air kumbahan terawat dan dialirkan ke sungai berdekatan. Untuk mnambahkan lagi keunikan, dibina struktur piano gergasi berdekatan dengan air terjun namun piano tersebut hanya berfungsi sebagai tandas!!!! maka air terjun nie juaga dipanggil Piano Waterfall..
Tuk memastikan ade pelawat, ditambah banyak kawasan rekreasi...
dekat struktur piano tu memang ade piano pun dekat tangga nak naik.. so sambil korang nak terberak terkencing tu main piano dulu... hahahah
Struktur segah ni cuma untuk tandas.. betapa simboliknya sebab air terjun nie diuruskan syarikat konsesi rawatan kumbahan...
trek jogging..
mini fountain nie adalah air bawah tanah... bukan air kumbahan terawat.. jangan salah faham... kalu tak diorang takan beremdam dekat situ.. fountain nie dicipta sebagai menambah seni tuk menarik pelancong..
TAPI!!! tempat nie sangat hampir dengan loji kumbahan.. Korang tahu tak Pantai Dalam, yang ade Stesen kereta api tu.. dekat gak ngan menara Telekom, dekat situ ade Loji Olahan Sisa Kumbahan milik Indah Water.. memang ade sikit bau yang kurang menyenangkan.. sama lah dengan tempat nie.. tak la kuat tapi kadang2 agak kurang menyenangkan bagi sebuah tempat rekreasi..
tengok gambar kat bawah nie.. imej satelit tempat tu..
nampak tak struktur piano dan air terjun bertetangan dengan bangunan tu.. garisan putih dari atas bukit..
Sekitar tu ade tempat rekreasi.. tapi korang nampak tak yang bulat2 warna hitam tu.. tu adalah loji kumbahan.. betul2 sebelah dengan struktur piano tu..
Kalau korang perasan.. yang duduk area Pantai Dalam tu ade satu lagi projek loji kumbahan.. tapi ade struktur rekreasi yang masih dalam pembinan. Idea yang sama dengan yang kat Korea nie.. nanti Malaysia ade gak la tempat camnie..
Apa yang korang fikir bile sebut perkataan laser. Laser ala2 starwars atau fiksyen sains yang lain.. laser dalam citer anime ala2 Gundam. Atau sekadar laser pointer yang korang main mase kecik2 dulu..
Hakikatnyer laser mempunyai potensi yang sangat besar. Lebih dari sebagai laser pointer. Siapa yang pernah tengok filem aksi hollywood mungkin dapat gambaran sebenar apa yang laser mampu buat. Selain diguna dalam sensor device system, laser berkuasa tianggi bayak digunakan di industri.
Memetik dari Wikipedia Bahasa Melayu:
Laser adalah merupakan sebuah peranti yang mengeluarkan cahaya melalui satu proses dipanggil pemancaran terangsang. Laser adalah akronim kepada LASER (Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation
- Pembesaran Cahaya oleh Pancaran Sinaran yang Terangsang). Cahaya
laser adalah gelombang elektromagnet nampak yang berada di dalam julat
tertentu.
Ia adalah sumber optik yang memancarkan foton dalam pancaran koheren. Cahaya laser biasanya hampir-monokromatik,
contohnya, mengandungi panjang gelombang tunggal atau warna, dan
dipancarkan dalam pancaran halus. Ini berbeza dengan sumber cahaya
biasa, seperti mentol, yang memancarkan photon yang dapat dilihat
kesemua arah, biasanya mencangkupi jarak gelombang spektrum
elektromagnetik yang luas. Aksi laser dapat difahami melalui penggunaan
teori mekanik kuantum dan termodinamik
Kat bawah nie aku letakkan dua video yang menunjukkan kuasa sebenar laser walaupun alat peancarnya kecil.
Video pertama adalah cubaan rekod dunia pemecahan belon paling banyak menggunakan laser. Syarikat pembuat laser sendiri yang hantar rekod nie. Laser Krypton (bukan krypton mcm dalam citer superman tu)
Video kedua dekat bawah plak menunjukkan air kopi yang ditembak menggunakan laser. Apa yang terjadi adalah percikan kopi akibat dari haba yang dijana dari tenaga yang dibawa pancaran laser.
Mesti ramai kat luar sana adalah pengguna tablet tak kiralah jenama Apple, Samsung, Motorolla atau jenama murah sekalipun. Tablets sekarang telah menjadi trend especially dikalangan remaja. Kat bawah nie ade koleksi gambar design concept yang dihasilkan aris2 dalam imaginasi mereka tentang tablet yang bakal keluar di pasaran.
Gambar nie banyak.. sangat malas nak sort satu2.. so aku randomly letak je..enjoy..
Ini adalah blog peribadi. Kebanyakan maklumat yang dikongsikan adalah untuk tujuan tidak formal. Sebarang tulisan berbentuk peribadi adalah pandangan penulis melainkan dinyatakan sebaliknya. Pengendali Nara Setia tidak bertanggungjawab di atas ketepatan atau kelengkapan bahan atau iklan yang dipaparkan, dipautkan, dimuat turun dari, atau diakses dari blog ini. Pengendali Nara Setia berusaha untuk memastikan artikel yang dikongsikan dari sumber luar diberi kredit yang sewajarnya. Sekiranya anda merasakan anda berhak untuk dikreditkan keatas sebarang artikel di dalam blog ini atau mahu dipadamkan atas sebab-sebab tertentu, sila hubungi pengendali blog ini melalui komen terus di ruangan komen artikel tersebut atau melaui Facebook rasmi Nara Setia. Komen pengguna tidak menggambarkan pandangan penulis dan pengendali blog Nara Setia. Pengendali Nara Setia tidak bertanggungjawab di atas komen pembaca dan pengendali berhak untuk memadam mana-mana komen yang pada pandangan pengendali sebagai tidak bersesuaian.