Dengan nama Allah...
Assalamualaikum.
Gambar oleh Google
Baru-baru ini Chrome telah mengumumkan fungsi terbaru di dalam pelayar mereka utuk pengguna Android dan iOS yang mampu menjimatkan penggunaan data. Perkhabaran ini sudah tentu menjadi berita gembira buat pengguna telefon pintar mudah alih di Malaysia.
Umum tahu akan perjuangan rakyat Malaysia untuk menjimatkan penggunaan data telefon bimbit mereka disebabkan bandwith yang terhad dan pakej yang mahal.
Gambar oleh Google Chrome Blog
Fungsi terbaru ini boleh didapat dalam aplikasi terbaru atau kemaskini pelayar Chrome. Dengan mengaktifkan Data Saver, Chrome hanya akan memuat teks tanpa memuat gambar dari laman sesawang apabila kelajuan internet yang rendah dikesan. Penguna boleh memuat gambar yang dikehendaki sahaja dengan tap/klik pada gambar yang dirasakan perlu.
Chrome mendakwa fungsi ini akan membantu pengguna menjimatkan data sehingga 70%. Bagaimanapun buat masa ini hanya negara India dan Indonesia sahaja yang baru mendapat kemudahan ini. Ia akan mengambil masa untuk negara lain mula mendapat kemaskini bagi fungsi baharu ini.
Pengguna Android boleh mengaktifkan funsi ini (selepas update terbaru) melalui Setting (tetapan)> Data Saver> On
Sumber: Google Chrome Blog
Post a Comment