Assalamualaikum
Kreativiti manusia memang susah hendak dijangka. Penahan pintu yang paling biasa digunakan adalah penahan getah berbentuk baji warna merah. Ianya cuma untuk memenuhi keperluan jadi tidak terfikir pun nak menggunakan sesuatu yang cantik atau unik untuk tujuan menahan pintu.
Di sini saya kongsikan 15 penahan pintu yang unik dan menarik.
Gambar dan produk datang dari pelbagai sumber dan dikongsikan oleh BoredPanda.
Sebahagian dari gambar ini pernah dikongsikan oleh Oh! Media di laman Facebook mereka.
1. Kaki Kucing
Comel je. Sesiapa yang ada memeihara kucing akan paham memang kucing suka main seluk-seluk kaki di bawah pintu.
2. Kasut Merah sebagaimana digambarkan dalam The Wizard of OZ
3. Daun Maple
Daun Maple adalah lambang rasmi bendera negara Kanada. Selalu dengar pasal sirap Maple tapi tak pernah rasa.
4. Jongkong Emas
Tak ke terkejut beruk kalau terjumpa jongkong emas betul dalam rumah. Tapi ini sudah semestinya hanya hiasan sahaja. Orang kaya pun belum tentu nak buat jongkong emas sebagai penahan pintu.
5. Duit
Ini memang terbaik. Memang nak mengenakan orang lain sama macam jongkong emas.
6. Kenny
Sejujurnya aku tak tahu Kenny nie sape tapi rasanya watak cerita kartun.
7. Zombi tersepit pecah perut
8. Sesungut sotong
9. Tiub cat warna
10. Tikus yang baik hati
Bagus tikus ni tolong tahankan pintu. Tapi kalau dibuat dengan saiz tikus sebenar n nampak lebih realistik sudah pastilah membuatkan ramai yang menjerit terkejut.
11. Kaki tersepit.
Nie lagi satu yang membolehkan para ibu terkejut kerana menyangka kaki anak kecil mereka yang tersepit.
12. Beruang yang baik hati
Kalau tadi tikus ni beruang pula yang baik hati nak membantu menahan pintu.
13. Ombak rindu
14. Anjing yang tidak beradab
Kurang ajah betul. Wahai anjing jadilah seperti tikus dan beruang yang baik hati.
15. Ais Krm yang tak bernasib baik.
Ish ish ish.. kesian
-EOL-
Post a Comment