Macam biasa ayat yang perlu aku cakap ialah.. dah lama tak blogging.. hehhe.. selalu sangat hiatus.. ade je tuntutan lain.. so tengah dok Sinar Online nak ambik tahu pasal BERSIH 3 terjumpa la cerita lain.. aku tak minat la nak post pasal bersih atau nak suarakan pandangan aku.. dah ramai blogger lain buat post pasal Bersih.. so biarlah aku buat cerita lain..
" GENEVA - Akhbar Switzerland, Tages-Anzeiger, kelmarin melaporkan seorang wanita di Wolfhalden mati kebuluran gara-gara mengamalkan diet rohani( tidak makan atau minum dan hanya mendapat bekalan nutrien daripada cahaya matahari) pada tahun lalu.
Wanita malang berumur dalam lingkungan 50-an itu dipercayai terpengaruh dengan dokumentari dari Austria memaparkan gaya hidup seorang sami India yang mengamalkan diet rohani tersebut selama 70 tahun.
Akhbar tersebut juga mendedahkan beberapa kes sama melibatkan beberapa individu turut dilaporkan di Jerman, Britain dan Australia."
Gambar sekadar hiasan, tak dek kaitan ngan berita
Dipetik dari Sinar Harian Online
Bile baca cerita macam nie pelik pulak rasanya, macam tak percaya je ade orang yang pelik camnie.. ish.. dimana letaknya logik akal tatkala lumrah dunia cuba dicabar, takkan takdek famili or jiran yang tegur or betulkan balik mindset orang macam nie.. maybe diorang tak sedar kot.. Bahayanya PENGARUH MEDIA kan..
Post a Comment