RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Running Man... Kisah disebalik Yoo Jae suk sbg Running Man.


Dengan Nama ALLAH
Assalamualaikum.


Bagi yang pernah baca blog saya termasuklah 'post' yang telah dihapuskan, mungkin tahu saya adalah peminat KPop walaupun tidaklah tegar. Sejujurnya saya tidaklah meminati KPop secara keseluruhanya. Tapi harus ditekankan yang Running Man bukanlah KPop tapi K-Variey. Sebab itu istilah Korean Wave atau Hallyu digunakan yang memberi maksud yang lebih umum. 

Salah satu rancangan yang saya suka tonton adalah Running Man, sebuah rancangan hiburan keluarga (variety show) yang sempoi. Running Man kurang lawak plastik (kadang-kadang ada la) dan tidak terlalu bergantung pada populariti Korean Idol sebagaimana kebanyakan rancangan hiburan lain.


Bagi yang menonton Running Man nama Yoo Jae Suk bukanlah nama yang asing. Malah beliau adalah pengacara (di Korea digelar MC) yang paling popular. Dalam rancangan yang mempunyai lapan orang pengacara iaitu Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Song Jihyo, Haha (Ha Donghoon), Kang Gary, Lee Kwang Soo dan Song Jong Ki, insan yang merendah diri ini adalah tunjang utama dan Song Jihyo adalah satu-satunya pengacara wanita. 

Yoo Jae Suk bukanlah mendapat nama dalam sekelip mata. Nama ini tidak menjadi popular dalam sekelip mata. Beliau bermula dari bawah sebagai pelawak yang ade turun naiknya.


 
Yoo Jae Suk memulakan kerjaya dalam bidang hiburan atau dunia komedi pada tahun 1991 dan semestinya beliau bukanlah penghibur yang popular. Selama sembilan tahun Yoo Jae Suk menghadapai tempoh sukar termasuk kegawatan ekonomi, namanya mula bersinar menjadi bintang dalam dunia hiburan.

 

Pada tahun 2000, Yoo Jae Suk diberi kepercayaan untuk mengacara rancanyan hiburann Live and Enjoy Together (Dong-guh-dong-lak) sekaligus meletakkan nama beliau sebagai pengacara yang berkebolehan.  Sikap rendah diri dan bekerja keras untuk yang terbaik, beliau menjadi pengacara pilihan ramai pengarah program (PD) untuk dijemput mengacarakan rancangan arahan mereka. Bukan itu sahaja, ramai artis muda dan K-idol selesa menjadi tetamu dalam rancangan yang dikemudikan beliau.


Pernah mengacarakan banyak rancangan popular seperti X-man dan Family Outing, termasuklah Infiniti Challenge yang masih bersiaran sehingga ke hari ini, Yoo Jae Suk digelar sebagai Nation MC kerana berjaya membina nama besar dalam dunia rancangan hiburan. Family Outing adalah antara rancangan kegemaran saya dan salah satu rancangan paling popular di Korea.

Salah satu kejadian penting dalam kerjayanya adalah tindakanya menyaman sayrikat penyiaran utama Korea iaitu Seoul Brodcasting System (SBS), Korean Broadcasting System (KBS), dan Munhwa Broadcasting Company (MBC) kerana kelewatan mebayar pendapatan.  

Namun ianya diselesaikan di luar mahkamah kerana syarikat penyiaran ini tahu mereka akan kerugian sekiranya Yoo JaeSuk enggan bekerja bersama mereka. 


Yoo Jae Suk menikat tali perkahwinan bersama Na Gyoung-Eun seorang penyampai berita di MBC. Diceritakan, bibit percintaan mereka bermula semasa Yoo Jae Suk mengacarakan rancanya Infinity Challenge, salah satu rancagan hiburan paling popular dibawah syarikat MBC.


Beliau mengambil masa selama 16 tahun untuk menjadi pengacara yang dihormati seperti sekarang. Nama Yoo Jae Suk bukanlah nama yang asing bagi semua lapisan masyarakat di Korea. Ramai artis yang selesa bekerja bersama dengan beliau kerana sifat professional dan rendah diri artis besar ini. Malah ramai orang awam perasan Yoo Jae Suk banyak membantu orang di tempat awam tanpa perlu mendedahkan beliau adalah artis terkenal.


-EOL-





10 Responses to "Running Man... Kisah disebalik Yoo Jae suk sbg Running Man."
fungi freak said...

isubs lambat..... aku biase download kt http://www.kshownow.net/...

lg laju....

dulu aku layan gler2 family outing... tp season 2 dh xbest sbb dah tkr semua org....

pape pon runningman mmg variety show paling best y pernah aku tgk.... anyway, pape rancangan y ade jaesuk mmg sume best....

tgk telatah die mmg xkering gusi.... mcm y ko ckp, xde lawak plastik.... hopefully m'sia pon boley ikot variety show mcm nih.... tp have to wait another 20 years 4 that...... based on technology we r toooo way left behind... bygkn bape bnyk camera y drg pakai utk organize show mcm Running Man.... good planning n come out with a great idea every week.... it is just an awesome show indeed.....


October 10, 2011 at 5:16 AM
Unknown said...

Yes .. isubs is late but.. but quality.. isubs can be likely to be said as perfect.. the video quality is great and varies but significant in size... the translation is for all dialogue and caption plus BGM title.. sometimes i also watch from k shownow...

malaysia sebenarnyer ade variety show... dulu kalu ingan jeo jambul.. popular gak.. MC die pun artis kumpulan vokal ala2 idol zaman dulu... teknologi bukan masalah tapi penerimaan orang dan idea.. astro ade gak cube buat tapi mcm takdek sambutan.. tu maknenye tak cukup kreatif dan kurang idea... variety show kat korea bukan setahun jagung.. dah berpuluh tahun.. so tak hairan la kan....
show yang ade YOO JAE SUK memang bes.. huhuhuh...


October 10, 2011 at 8:05 AM
aiman mania said...

wauuuu...great...layan gak ye running man?high 5 bro!haahaahaa.....suka tengok part yonghwa,seungri n uee after school..mmg betul2 lawak.....
yuri,snsd sampai nangis2 kena lawak bodoh dr diorg..^^
heeheehee...apa2pon,running man da best!
sekrg ni layan heartstring......yonghwa n park shin hye......heeeheee...^^


October 19, 2011 at 4:44 PM
CokOlat cHiP said...

mmg best ar...ak pn layan gak cite 2...blh gelak sorg2 layan cite 2...family outing pn best gak...mmg dorg sporting ar...lg ak suke yoo jae suk..die mmg baik htiar...tgh2 casting running pun leh die tolong org...dh xkesah pasal game die...hihhi
pape pun running man all the best to you all..:)


November 11, 2011 at 3:38 PM
Anonymous said...

kseason also up to date and faster to download running man


February 1, 2012 at 11:16 PM
Anonymous said...

like jaesuk so muchzz very low profile and humble person


February 1, 2012 at 11:17 PM
Anonymous said...

even do, nama JaeSuk sgt popular di seluruh asia disebabkan pengaruh running man yang menarik perhatian segenap lapisan masyrakat untuk mononton k-variety tersebut, tetapi, JaeSuk tidak pernah langsung perasan tentang dirinya dikenali dan dipehatikan peminat fanatik yang bukan sekadar datang dari Korea sendiri, malah negara2 lain spt Thailand, China, jepun, Indonesia, dan kita sendiri (malaysia), percaturan yang dibawa dlm setiap kendalian program hiburan cukup menjelaskan betapa jelasnya YooJaeSuk ikhlas dlm menjadi penhibur, tiduk mustahil beliau mmpu menjadi spt rakan baiknya Psy yg sudah menempa nama dipersda antara bgsa,. tq
p/s: sronok tngok jaesuk jd pelik bila fan thailnd y bgitu rmai mengenalinye, 'mcm mne mreka boleh mgenali aku, kamera tersmbunyikah ini?' .. HaHa,
ImissYooJaeSuk Hyung sooo much!!


November 6, 2012 at 2:30 PM
Anonymous said...

Yoo Jae Suk is my idol...He is my favourite contestants in Running Man...Jae Suk THE BEST,,,,,


November 29, 2012 at 9:44 AM
Unknown said...

AKu pun minat jae suk,lee kwang soo,suk jin


September 27, 2014 at 7:04 PM
Unknown said...

Sapa boleh bg link nk tngk episod 1 running man


September 27, 2014 at 7:09 PM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors