RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Situasi Cemas Kebocoran gas di TTI, Universiti Malaysia Pahang



KUANTAN, 19 Sept. Satu kejadian kebocoran gas gred industri telah berlaku hari ini menyebabkan tindakan segera mengosongkan tiga bangunan utama Taman Teknologi Dan Inovasi (TTI) dilakukan dengan segera. Kebocoran yang disyaki berlaku di Makmal Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli menyebabkan beberapa orang pelajar dan kakitangan universiti mengalami sakit mata, pening dan muntah. Kesemua mangsa yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut Pegawai Bomba Dan Penyelamat HAZMAT Zon Timur, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 9.45 pagi sebaik sahaja kebocoran itu berlaku. Pihak bomba bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan mencari punca kebocoran gas.

 Susana tenang di TTI, UMP selepas masalah kebocoran berjaya diatasi

Manakala, Pegawai Pusat Kesihatan Pelajar yang dikejarkan ke tempat kejadian mengatakan tindakan pantas mengosongkan bangunan oleh pegawai bertugas menyebabkan pendedahan gas kepada mangsa adalah sedikit dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan serius. Namun pelajar yang terdedah dan mempunyai simptom berkaitan telah diberi pemantauan rapi  bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan yang lebih serius.

Situasi cemas seperti ini yang berlaku di Taman Teknologi dan Inovasi (TTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh ramai pelajar terutamanya pelajar baharu yang baru mendaftar di UMP. Siti Hajar, 22, pelajar tahun empat Kejuruteraan Kimia menceritakan pengalamanya berada didalam situasi cemas tersebut adalah pertama kali dalam hidupnya. Dia bersama rakan-rakan berada di dalam makmal kejuruteraan kimia semasa kebocoran berlaku bagi menunggu kelas yang akan bermula pada jam 10. Loceng kecemasan yang berbunyi menyebabkan situasi kelam kabut berlaku di dalam makmal sebelum dikawal olej pegawai-pegawai makmal yang mengarahkan makmal dikosongkan.

Taman Teknologi Industri UMP adalah antara  kompleks makmal kejututeraan terbesar di Pantai Timur Semenanjung yang menempatkan beberapa makmal utama. Sebahagian dari kompleks ini menerima pengiktirafan NIOSH kerana mematuhi piawaian keselamatan yang tinggi untuk keselamatan dan kesihatan pekerja. 
.


Dipetik dari Sinor Harikan
.
.
.
.
.

Namun kesemua situasi di atas hanyalah latihan kecemasan yang dilaksanakan di TTI UMP.... ;-)






best kene berdiri tengah panas...


1 Responses to "Situasi Cemas Kebocoran gas di TTI, Universiti Malaysia Pahang"
Anonymous said...

perghhh..bangga kot tb2 mcm ade nma ak lam cter niee...besttt siott jemurr tgh panasss..mmg bikin pns jerr..


September 19, 2012 at 6:30 PM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors