RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Air Terjun Kumbahan: Another Story About Korea


Assalamualaikum... Dengan Nama Allah.

Post kedua masa study week.. macam biasa setiap sem aku sangat rajin update blog masa study week.

Seperti tajuk, Another Story About Korea. Kalau korang pernah baca post aku sebelum nie pasal pemulihan anak sungai Cheonggeycheong yang dilaksanakan di bandar Seoul, mesti korang tahu serba sedikit pasal betapa Korea ni komited dalam melindungi alam sekitar dan menjadikan negara diorang cantik...  Dan lagi satu korang akan perasan kesamaan dalam entry kali nie.Cheonggeycheong Stream di korea adalah sungai semula jadi namun kini ia ibarat sungai buatan manusia kerana sebahagian besar airnya dipam dari sungai berdekatan dan sebahagian yang lain adalah air kumbahan terawat dari penduduk bandar Seoul sendiri.

Jangan kata euwww la.. Air kumbahan terawat adalah sangat bersih sebenarnyer.. kita cuma prejudis akan kebersihan air tersebut.. Kenapa diorang buat camtu?? Sebenarnya diorang nak membenarkan pencairan air terawat tadi dengan air semulajadi, maka timbullah idea nak campurkan air terawat tersebut dengan air sungai Cheonggeycheong,  maka banyaklah fountain air terawat tersebut yang dilepaskan di titik2 tertentu sepanjang sungai tersebut..


Air terjun kumbahan??? apa maknanya??

YA.. perkara yang sama, tujuan yang sama, nak mencairkan air terawat tadi dengan air sungai, maka mereka membina sebuah air terjun buatan di Namyangju. Sumber air terjun tersebut adalah air kumbahan terawat dan dialirkan ke sungai berdekatan. Untuk mnambahkan lagi keunikan, dibina struktur piano gergasi berdekatan dengan air terjun namun piano tersebut hanya berfungsi sebagai tandas!!!! maka air terjun nie juaga dipanggil Piano Waterfall..


Tuk memastikan ade pelawat, ditambah banyak kawasan rekreasi...


dekat struktur piano tu memang ade piano pun dekat tangga nak naik.. so sambil korang nak terberak terkencing tu main piano dulu... hahahah


Struktur segah ni cuma untuk tandas.. betapa simboliknya sebab air terjun nie diuruskan syarikat konsesi rawatan kumbahan...



trek jogging..

mini fountain nie adalah air bawah tanah... bukan air kumbahan terawat.. jangan salah faham... kalu tak diorang takan beremdam dekat situ.. fountain nie dicipta sebagai menambah seni  tuk menarik pelancong.. 



TAPI!!! tempat nie sangat hampir dengan loji kumbahan.. Korang tahu tak Pantai Dalam, yang ade Stesen kereta api tu.. dekat gak ngan menara Telekom, dekat situ ade Loji Olahan Sisa Kumbahan milik Indah Water.. memang ade sikit bau yang kurang menyenangkan.. sama lah dengan tempat nie.. tak la kuat tapi kadang2 agak kurang menyenangkan bagi sebuah tempat rekreasi..

 tengok gambar kat bawah nie.. imej satelit tempat tu..



nampak tak struktur piano dan air terjun bertetangan dengan bangunan tu.. garisan putih dari atas bukit..

Sekitar tu ade tempat rekreasi.. tapi korang nampak tak yang bulat2 warna hitam tu.. tu adalah loji kumbahan.. betul2 sebelah dengan struktur piano tu..

Kalau korang perasan.. yang duduk area Pantai Dalam tu ade satu lagi projek loji kumbahan.. tapi ade struktur rekreasi yang masih dalam pembinan. Idea yang sama dengan yang kat Korea nie.. nanti Malaysia ade gak la tempat camnie..

Sumber gambar: BuhayKorea






1 Responses to "Air Terjun Kumbahan: Another Story About Korea"
Nona said...

Goh...masih terasa sedikit geli... tapi cadangan yg bagus...


September 30, 2013 at 11:53 AM

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors