RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Aku Juga Makhluk Tuhan: Kematian Wira


Assalamualaikum... Dengan nama Allah saya memulakan entry kali nie.

Aku Juga Makhluk Tuhan... itu adalah tajuk entry nie. Kenapa tajuk die macam nie..
Entry kali nie khas dikarang buat mengenang Wira, seekor kucing yang tabah untuk hidup di BUMI ALLAH ini. Entry ini juga tentang mereka yang tidak kenal erti kasih kepada haiwan. Kenapa??
Wira seekor kucing yang disyakki dianiaya manusia.. walaupun tiada kepastian namun hakikat kekejaman manusia terhadap haiwan adalah realiti. Realiti yang pahit bagi ramai orang tapi tidak pada segelintir makhluk keji bertopengkan manusia. Pernah anda dengan mengenai HERO, (kakimotong) seekor kucing yang dipotong kedua kakinya, namun Allhamdulillah Allah masih mengizinkan HERO untuk terus menghirup udara di bumi-Nya. Kenapa? Allah juga mahu menunjukkan kepada sekalian manusia bahawa ada di luar sana manusia yang darjatnya lebih rendah dari haiwan. Kekejaman tidak berperikemanusiaan.


Anda tahu kisah Wira?? Mungkin kisah Wira tidak sepopular HERO. Namun berbaloi untuk saya kongsikan kapada pembaca ShahPura. Saya sendiri tidak memelihara kucing, kerana bimbang diri ini gagal melaksanankan amanah yang dipegang, bimbang saya menganiaya binatang tanpa sedar. Tapi saya tidak membenci haiwan. Apatah lagi kucing, haiwan kesayangan Rasulullah.

Terima kasih kepada pasukan sukarelawan yang sudi memerah keringat membantu Wira. Wira adalah kucing yang berlubang dikepalanya tanpa diketahui sebab. Dijumpai di sebuah taman asuhan (saya tidak tahu nama pusat ini, dan tidak sempat nak search sebab nak cepat) dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Berita tentang wira gempar sebentar dikalangan pengguna internet sehingga dikatakan pasukan siasatan dari Putrajaya sendiri turun menyiasat. Apapun saya mendoakan kalian semua dirahmati Alla kerana menyebarkan mesej cinta dan sayang sesama makhluk. Amin.

Wira sangat tabah, dalam keadaan luka yang sangat parah, Wira masih mampu untuk terus bernafas dengan izin Allah, terus menikmati nikmat hidup kurniaan Allah, namun petang tadi wira disahkan telah pergi menghadap Maha Pencipta.Berita kematian Wira di-post di Wira Fan Club lebih kurang jam 5 ptng 1 jun 2012. Namun kematian berlaku sehari sebelumnya (maaf kalau tersilap). Wira mengalami bengkak buah pinggang. Mungkin kerana jangkitan ..

 Ini adalah gambar Wira disaat masih baru ditemui dan masih baru dirawat. Semasa dirawat Wira hanya pasrah, lemah.


 Inilah klinik Haiwan tempat Wira diberi perlindunga, Terima Kasih DR MAR. Kalau anda perasan anda akan nampak Wira disebalik pintu....




 
 Wira merenung keluar pintu, rindu ingin bermain di luar.




Dapat bermain diluar, menikmati sisa hidunya walaupun dia tidak tahu takdir yang mendatang.


"WIRA, THE TRUE HEROES"


Kisah wira benar-benar memberi pengajaran kepada saya, hidup di bumi Allah kita haruslah meletakkan kepercayaan kepada Allah. Insyaallah akan diaturkan yang terbaik buat kita walaupun tidak pada pandangan kita. Rahsia Allah itu begiru besar, kita hanya makhluk kerdil yang kurang ilmu tentangNya.

Saya mendoakan yang terbaik buat Dr Mar, team Wira Fans Club dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyelamatkan Wira. tak dilupa juga kepada PapaHero, KakiMotong fan club.. dan sesiapa sahaja yang gigih membantu dan membela nasib haiwan teraniaya atau haiwan yang memerlukan bantuan. Semoga anda semua dirahmati ALLAH.


"TERLALU ISTIMEWA"

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia
(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…





0 Responses to "Aku Juga Makhluk Tuhan: Kematian Wira"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors