RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Video Viral yang Mengejutkan, Realiti Pelajar Remaja Di Korea


Dengan nama Allah
Assalamualaikum



Ini sesuatu yang menyedihkan. Yer banyak lagi perkara lain yang lebih menyedihkan seperti apa yang terjadi di Syria. Namun apa yang nak saya kongsikan ini tak kurang menyedihkan juga. Satu video yang viral di Korea mengambarkan apa yang ada dibelakang sistem pendidikan di Korea Selatan. 

Kita sering di suap dengan berita hiburan dari negara Kimchi ini tapi tak semuanya dalam dunia ini indah belaka. 

Tahukah anda Korea Selatan mempunyai kadar kejadian BUNUH DIRI di kalangan remaja yang sangat tinggi. Di saat remaja di sebelah sana dunia berjuang untuk hidup dalam medan perang, di Korea, antara penyebab utama kematian remaja dan golongan muda adalah BUNUH DIRI. Semua ini terjadi dek kerana tekanan untuk berjaya dalam pelajaran.

Di dalam video ini, seorang remaja perempuan kerap bertanya soalan yang sama kepada ibunya; "adakah saya boleh melakukan apa sahaja sekiranya saya lulus peperiksaan ini?" Apa yang terjadi remaja perempuan ini terus-terusan tertekan dengan desakan untuk mendapat gred yang tinggi di sekolah, tidak boleh lagi berseronok dengan rakan seusia, penat dengan kelas tusyen dan balik ke rumah perlu menghadapi ibunya yang terus menekan beliau untuk terus belajar.

Dia lulus dan ibunya seperti biasa mengatakan dia boleh melakukan apa sahaja kerana dia telah lulus, dan dia membunuh diri.




Dikatakan kisah dalam video ini diambil dari kisah benar. Apa yang menyedihkan nasib remaja perempuan ini yang membunuh diri kerana tekanan belajar sudah tidak menjadi perkara aneh, malah perkara yang sering didengari. Kajian menyatakan remaja di Korea Selatan adalah remaja yang paling tidak bahagia di dunia.

Terdapat usaha seperti kempen anti bunuh diri namun ianya tidak melenyapkan punca disebalik masalah ni. Sistem pelajaran yang terlalu menumpukan pada peperiksaan dan kedudukan boleh menjadi pembunuh senyap yang kita tidak ketahui apabila masyarakat menjadikannya sebagai tujuan utama hidup. 

Tidak mustahi masalah seperti ini akan terjadi di Malaysia jika kita terlalu menekankan cemerlang dalam peperiksaan sebagai penanda aras hidup.  

Bagi yang beragama Islam, fahami hadis ini akan larangan keras membunuh diri.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang bunuh diri dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung terus selamanya. Barang siapa yang minum racun sampai mati, maka ia akan meminumnya pelan-pelan di neraka Jahanam selama-lamanya. Barang siapa yang menjatuhkan diri dari gunung untuk bunuh diri, maka ia akan jatuh di neraka Jahanam selama-lamanya. (Shahih Muslim No.158)


Sumber: Soompi


-EOL-





0 Responses to "Video Viral yang Mengejutkan, Realiti Pelajar Remaja Di Korea"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors