RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Cuba Menggugurkan Bayi Guna Penyangkut Baju


Dengan nama Allah...
Assalamualaikum.


Adalah sangat menyedihkan apabila terdapat makhluk yang tidak menghargai kehidupan. Kisah ini tidak berlaku di Malaysia namun Malaysia juga sering terpalit dengan berita kes buang bayi. Wanita ini bernama Anna Yocca, berusia 31 tahun telah ditahan dan didakwa atas dakwaan membunuh kerana cuba menggugurkan bayi yang dikandungnya menggunakan penyangkut baju. Bayi dalam kandungannya berusia 24 minggu ketika cubaan menggugurkan itu berlaku.


Menurut polis, Yocca telah mengisi tab mandi denga air sebelum menggunakan penyangkut baju untuk menggugurkan kandungannya. Disebabkan pendarahan yang banyak, Yocca bimbang akan keselamatan dirinya (celaka betul.. tahu pula nak takut) dan teman lelakinya membawa dia ke hospital. 

Walaupun doktor berjaya menyelamatkan bayi tersebut, kualiti hidup anak malang tersebut akan selamnya terjejas. Bayi itu memerlukan bantuan dan pemantauan perubatan sepanjang hidupnya. 

Kejadian ini berlaku di MURFREESBORO pada September 2015, dan Yocca didakwa pada Disember. 


 



0 Responses to "Cuba Menggugurkan Bayi Guna Penyangkut Baju"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors