RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Matilda: Si Kucing Makhluk Asing


Dengan Nama Allah...
Assalamualaikum.

Sumber kisah dan gambar adalah dari aliencatmatilda.
Tidak mustahil ada orang akan mengatakan gambar di bawah telah disunting menggunakan perisian Photoshop kerana ianya kelihatan begitu luar biasa. Dia kelihatan seperti watak Puss In Boot dalam animasi Shrek. 



Ini adalah kisah Matilda; Si Kucing Bermata Besar atau Matilda Si Kucing Makhluk Asing yang tinggal bersama Si Ayah Lelaki Berjambang, Si Ibu, dan Si Anjing.



Matilda asalnya seekor kucing terbiar, dikatakan lahir pada 14 Februari, 2013 di sebuah rumah yang dipenuhi barangan lusuh sebelum diselamatkan oleh persatuan pencinta haiwan. Matilda telah diterima sebagai salah seorang ahli baru keluarga Si Ayah Lelaki Berjambang, Si Ibu, dan Si Anjing. 

Seperti anak kucing yang lain, Matilda adalah sangat kecil dan comel namun cukup berani dan mudah mesra dengan ahli keluarganya juga mampu menakutkan Si Anjing yang sepuluh kali lebih besar darinya. Semunya kelihatan normal melainkan matanya yang sedikit kuyu sehingga dia digelar sebagai Quasimodo (watak dalam novel The Hunchback of Notre-Dame (1831) oleh Victor Hugo). 

Pada permulaannya, Matilda hanya kelihatan seperti anak kucing yang lain, comel, kecil dan lincah. (Sumber: aliencatmatilda)

Namun pada ulangtahun hari kelahiran pertamanya, sesuatu keganjilan berlaku; anak mata kanan Matilda membesar selama beberapa minit sehingga membuatkan Si Ibu panik lalu membawa kucing comel ini ke klinik haiwan. Namun mata Matilda kembali normal dalam beberapa minit dan  Si Ibu pula digelar bagai perempuan gila yang panik tanpa sebab. Ianya berulang dan seperti biasa kembali normal dan Matilda disahkan sihat sehinga suatu hari Matilda disahkan menghidap Leukimia.

Si Ibu dan Si Ayah Lelaki Berjambang bertegas ada sesuatu yang tidak kena dengan mata Matilda dan mereka cuba mencari jawapan dengan menghubungi persatuan pencinta haiwan yang menyelamatkan Matilda. Persatuan itu terkejut kerana mereka juga sebenarnya telah lama cuba menghubungi Si Ibu kerana adik-beradik Matilda disahkan mempunyai masalah mata yang misteri.

Berdasarkan maklumat ini, Matilda dibawa bertemu pakar oftamologi haiwan untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan Malilda menghidapi spontaneous lens luxation, penyakit sama yang dihidapi adik-beradiknya. Ini adalah penyakit di mana kanta mata teralih dari kedudukan asal. Matilda tidak menghidapi Leukimia namun ianya lebih mengejutkan.
Ianya menjadi lebih buruk apabila kanta mata kanan Matilda telah terpisah sepenungnya membuatkan matanya membesar. Pembedahan pada adik-beradiknya tidak memberikan kesan yang positif membuatkan Si Ibu, Si Ayah dan pakar oftamologi membuat keputusan berserah kepada takdir. Penyakit ini datang bersama kekurangan kolagen yang membuatkan penyembuhan menjadi perlahan sekiranya berlaku kecederaan.

Ini adalah gambar Matilda semasa penyakitnya mula dikenalpasti (Sumber: aliencatmatilda)

Mata kiri Matilda juga menerima nasib yang sama dan ia mula membesar membuatkan si comel ini menunjukkan tanda-tanda kemurungan. Keluarganya memberikan ubat titis bagi mengurangkan tekanan pada bebola mata Matilda walaupun Matilda membencinya. 

Matilda kembali ceria namun Matanya terus membesar. 
 
Buat masa ini Si Ibu, Si Ayah Lelaki Berjambang dan Si Anjing hanya boleh menunggu dan menunggu. Keluarga Matilda sedang melakukan kempen kutipan dana bagi menghadapai kemungkinan pembedahan untuk membuang mata Matilda.

"Matanya terus membesar, walaupun pemeriksaan dokor mengesahkan tekanan bebola mata Matilda adalah seperti biasa, akal waras tahu ianya akan membesar dan sesuatu akan berlaku."

Gambar di bawah adalah antara gambar terbaru diambil dari Instagram Matilda.


Pada mereka Matilda adalah sesuatu yang indah dan Matilda dianggap sebagai kucing yang sangat istimewa. Walaupun bersedih, keluarga mereka seperti pemilik kucing yang lain menayangkan kepada dunia akan betapa istimewanya Matilda Si Kucing Bermata Besar. Mereka mahu kongsikan kepada dunia akan kecantikan Matilda. 



Sehingga artikel ini ditulis, Matilda disahkan hampir buta sepenuhnya. 




Matilda sememangnya anugerah yang tidak ternilai.

Anda boleh mengikuti perkembangan Matilda melalui pautan berikut:

Laman Sesawang Rasmi: aliencatmatilda
Instagram: Matilda (@aliencatmatilda)




0 Responses to "Matilda: Si Kucing Makhluk Asing"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors