RSS

Mukaddimah ^^

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
Al-Baqarah:216

Jepun Bina Terowong untuk Penyu Melintas Landasan


Dengan nama Allah...
Assalamualaikum

Jepun memang terkenal dengan idea kreatif dalam menyelesaikan masalah tidak kurang juga idea yang pelik. Tapi apabila banyak nyawa haiwan yang bergerak perlahan ini melayang di atas landasan keretapi, syarikat West Japan Railway bersama Suma Aqualife Park bekerjasama menjadikan hidup penyu dan kura-kura lebih selamat. Saban tahun banyak kura-kura dan penyu tersangkut di landasan keretapi yang akan menyebabkan kelewatan perkhitmatan, kerosakan landasan dan keretapi itu sendiri. Masalah ini terjadi di landasan yang berhampiran dengan laut dimana terdapat pergerakan kekura dan penyu ke daratan.

Penyu dan kura-kura selalunya tersangkut apabila mereka cuba untuk menyeberang landasan keretapi namun terjatuh diantara dua besi landasan. Apabila terjatuh, kebarangkalian untuk mereka memanjat kembali adalah sangat tipis dan selalunya akan terus merangkak ke penghujung dua besi landasan tersebut. Kebanyakannya menerima nasib malang apabila mereka tersangkut di antara persimpangan landasan atau di antara suis landasan lalu mati apabila diapit oleh suis landasan atau digilis keretapi. Ini akan merosakkan sama ada landasan atau keretapi lalu memaksa perkhidmatan dihentikan sehingga ia diperbaiki semula.


Bagi membolehkan perjalanan manusia dan haiwan menjadi lebih selamat, terowong atau longkang kecil di bina di kawasan strategik bagi membolehkan penyu dan kekura melintas tanpa tersangkut di atas landasan atau digilis keretapi.


Terowong ini telah dipasang sejak April 2015 dan pemerhatian mendapati sekurang-kurangnya sepuluh ekor penyu atau kekura menggunakan terowong ini. Ini bermakna sepuluh  nyawa telah terselamat. Kaedah ini mungkin akan diperluaskan ke seluruh Jepun dan mungkin negara-negara lain yang mempunyai masalah sama akan menggunakan kaedah ini. 


-EOL-




0 Responses to "Jepun Bina Terowong untuk Penyu Melintas Landasan "

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors